BERSAMA SAYA

1 June 2012

TERTARIK DENGAN TARBIAHNYA


Hari ini Alhamdulillah, saya dapat ikuti perjalanan Himpunan Hijau Ke Putrajaya, seolah-olah bersama mereka di sebuah padang himpunan manusia yang besar.

Pagi tadi, semasa persidangan seluruh kepimpinan telah diumumkan kutipan derma bagi meneruskan perjalanan program dan parti yang dimulai dari atas pentas barisan kepimpinan dan setiap slot akan diumumkan lagi. Teringat ketika belajar di Kelantan, jika ada ceramah di Padang Perdana, PUTIK dan Stadium saya salah seorang yang dipilih untuk bersama pasukan petugas untuk mengutip derma.

Tidak pernah sekalipun, saya melihat atau mendapat wang saku jika pergi ke sebuah perhimpunan dan ceramah, juga tidak pernah lihat atau dihidangkan unsur-unsur perkara haram hiburan dan sebagainya bagi menarik perhatian anak-anak muda.

Inilah, salah satu tarbiah yang telah diterapkan pada kami, perjuangan ini tidak hanya menunggu & menerima, tidak pula pernah sesekali menjanjikan kemewahan dan kesenangan tetapi kami diajar erti memberi dan erti pengorbanan.

Hari ini juga, saya menyaksikan kesungguhan Parti Islam SeMalaysia dalam melaksanakan, menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah kepada seluruh rakyat tanpa memilih latar belakang walaupun mendapat ujian yang sangat besar, disana juga dapat lihat wajah-wajah baru dari pelbagai latar belakang yang turut bersama dalam perjuangan ini.

Sungguh saya tertarik dengan tarbiah ini apatah lagi melihat kejuhudan para ulama yang memimpin, InsyaAllah saya akan pastikan ahli keluarga saya dan saudara mara saya bersama mereka.

Semoga Allah memelihara perjalanan dakwah ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...