BERSAMA SAYA

28 March 2012

MAHASISWA & KEPIMPINAN


Mahasiswa Hari Ini, Pemimpin Hari Esok

 Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

              "Katakanlah: apakah kamu pernahll Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".

            "Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".                                                        
(Surah Al-Kahfi: ayat 103-105)

Muqaddimah

Kepimpinan mahasiswa telah diberikan satu pentakrifan sebagai kepimpinan yang diasaskan atas rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga diertikan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan yang sebenar. Apa pun yang mahu saya perkatakan adalah kepimpinan mahasiswa yang sifatnya adalah sukarela. Sekalipun ianya terpaksa tetapi tuntutan tanggungjawab seolah-olah memaksa sesiapa sahaja yang diberikan amanah untuk melaksanakannya.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
(Surah al-Ahzab, ayat 36)

Di alam mahasiswa ini ramai yang berpendapat bahawa keterlibatan didalam sesebuah badan persatuan ataupun organisasi merupakan satu faktor yang menyebabkan kemerosotan akademik dan hanya menganggap di alam mahasiswa ini hanya perlu menumpukan sepenuhnya pada pembelajaran di universiti semata-mata dan ada dikalangan mahasiswa apabila membicarakan mengenai isu berpesatuan di waktu pengajian mereka akan menjawab ‘waktu belajar kita belajar lah nanti bila pulang Malaysia kita belajar lah pula cara beorganisasi’ namun begitu, saya menganggap bahawa pemikiran sebegitu yang ada pada segolongan mahasiswa adalah tidak tepat. Secara amnya apabila dikaitkan dengan berpesatuan atau berorganisasi ia secara tidak lansung mengaitkan dengan pembelajaran cara memimpin ataupun ‘softskill’.

Saya teringat semasa berdiskusi (TDI) bersama ahli kumpulan yang hangat membincangkan mengenai pentinganya keterlibatan mahasiswa didalam sesebuah badan pesatuan ataupun organisasi dan hasil dari perbincangan kami adalah tidak wajar sekiranya ada dikalangan mahasiswa yang menganggap dengan keterlibatan mereka didalam persatuan ataupun organisasi dapat menjejaskan komitmen pada pembelajaran.

Kita selaku mahasiswa perlu lebih keterhadapan dan perlu akur bahawa golongan mahasiswa ini sebenarnya adalah sebahagian dari kelompok masyarakat, masyarakat sekadar melaburkan mereka sementara dalam suatu tempoh antara tiga ke lima tahun akhirnya golongan mahasiswa ini akan kembali ke dalam kelompok masyarakat untuk memberi hasil bakti. Oleh itu, untuk menjana mahasiswa yang mempunyai jiwa yang besar sememangnya kita memerlukan mahasiswa yang serius dalam memikirkan persoalan semasa.

Walaupun kami sebulat suara bersetuju, pentingnya keterlibatan mahasiswa didalam sesebuah badan organisasi namun, untuk menjadi mahasiswa yang bergelar pimpinan tidak dapat tidak mestilah mempunyai sifat-sifat seorang peminpin dan ini adalah antara sifat-sifat yang mesti ada pada seorang peminpin.

Mahasiswa Adalah Warna-warni Sesebuah Masyarakat dan Negara

Kepimpinan yang membudayakan ilmu

Kepimpinan mahasiswa seharusnya berasaskan kepada tadisi ilmu. Tidak hairanlah ia adalah syarat wajib dalam mewujudkan cirri kepimpinan ‘al-qaidul-mufakir’(pemimpin-pemikir) yang mempunyai pandangan bernas dan berjiwa besar.Kepentingan ilmu pengetahuan yang dipelajari dan dihayati mestilah dijadikan batu asas yang akan membentuk kita dalam mewujudkan pembaharuan diri yang lebih kuat. Ilmu pengetahuan dan pendidikan yang tinggi biarlah menjadi asas ke arah pembinaan insan yang lebih berkualiti tinggi.

Tidak dapat tidak, kepimpinan yang membudayakan ilmu saja yang mempunyai kemampuan menguruskan perubahan. Perubahan yang tidak terurus dengan baik menyebabkan kecelaruan pada organisasi dan struktur kepimpinan mahasiswa itu sendiri.

Mahasiswa dan pemikiran

Pimpinan mahasisawa harus turun kelapangan ummat mendepani isu ummah dan menjadi jurubicara ummah. Justeru itu, mahasiswa seperti ini adalah daripada mahasiswa yang mempunyai arus pemikiran yang bebas dari penjajahan pemikiran.

Pimpinan mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan.


“Hanya mahasiswa yang mempunyai visi dan misi masa depan saja yang akan sedar betapa pentingnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi ilmu, memahami adabul ikhtilaf (berbeza pandangan), faham menguruskan perubahandan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai membawa rahmat ke seluruh alam.


Kuatkan Jati Diri

Pengaruh sekeliling yang sering berubah dan bermacam ragamnya, mestilah ditangani dengan sebaiknya, hal ini penting agar suasana dan pengaruh sekeliling yang tidak begitu sesuai dan selari dengan konsep kehidupan berpesatuan dapat di tangani dengan sebaiknya. Kita perlu bekerja keras untuk menyekat gejala-gejala negatif sambil berusaha dengan bersungguh-sungguh menyuburkan nilai-nilai yang selaras dengan dasar yang ditentukan oleh setiap organisasi,

Perubahan globalisasi dan kemajuan teknologi dunia yang berlaku hari ini bukanlah penyebab untuk kita menerima apa saja yang datang adalah sebagai pembaharuan. Pembaharuan tidak semestinya menjadikan asas untuk membelakangkan kehidupan beragama. Kita perlu mempertahankan nilai-nilai kehidupan beragama yang betul lagi sempurna. Pengaruh pembaharuan bukanlah bererti ia perlu ditolak kesemuanya, namun perkara yang baik dapat dijadikan sandaran akan tetapi yang kurang baik mesti kita hindarkan.

Berjiwa Besar

Sifat berlapang dada dengan setiap kemungkinan yang mendatang, harus ada pada diri setiap pemimpin dan yang dipimpin. Apatah lagi didalam skop dimensi perbincangan yang lebih luas yang melibatkan banyak pihak. Mungkin saja cadangan dan tindakan kita selaku pemimpin dan ahli tidak diterima oleh pihak lain. Jadi, ketika itu kita selaku kepimpinan harus berjiwa besar sepertimana kita bersedia untuk memberikan cadangan dan idea maka seharusnya juga bersedia jika ianya ditolak.


Bahkan, seharusnya menerima apa jua bentuk keputusan yang terhasil dari perbincangan walaupun, ianya perkara yang kita kurang setuju dengannya. Percayalah itulah yang terbaik buat semua dan ia juga adalah antara adab terbesar didalam sesuatu mesyuarat serta perbincangan.

Namun, dalam masa yang sama juga harus tetap dengan pendirian sendiri, di samping tidak menyempitkan ruang ke arah kemajuan, yang penting untuk dipelihara adalah sensitiviti agama. Jika sensitiviti kita tumpul maka ia akan menghakis rasa cemburu. Jika ini terhakis maka akan mudahlah segala pengaruh negatif mencorakkan kehidupan dan pemikiran kita.

Inilah senario yang memerlukan penelitian dan penghayatan serius, isu-isu sedemikian inilah memerlukan indivi-individu yang berpendidikan agama dan berpandangan jauh agar sesebuah organisasi itu lebih sempurna dan keterhadapan.

Tenang Dengan Segala Yang Mendatang

Apabila membicarakan mengenai kepimpinan mahasiswa matang sifat tenang menghadapi segala yang mendatang adalah salah satu sifat yang tidak dapat dinafikan akan pentingnya pada seorang kepimpinan khususnya didalam membuat keputusan.Andaikata  didalam kepimpinan tidak mempunyai sifat sedemikian ia akan menampakkan kurangnya kematangan sesebuah organisasi itu dan sekali gus akan mudah dipandang rendah oleh orang yang dipimpin seterusnya akan berlakunya kecelaruan didalam kepimpinan mahasiswa itu sendiri.

Bersifat tenang didalam kepimpinan dan tidak mudah melatah perlu dimiliki oleh setiap kepimpinan sebagai contoh sekiranya ada kritikan dari ahli-ahli yang dipimpin walaupun kadang-kadang yang dikritik tidak berasaskan kepada fakta tetapi kepimpinan haruslah tenang dan tidak mudah melatah didalam menhadapi kebarangkalian tersebut bukannya diam kerana takut ataupun mengalah tetapi kerana matang dan mencari penyelesaian.

Keikhlasan Dalam Memimpin

Akhirnya antara sifat-sifat kepimpinan yang mesti ada pada seorang peminpin adalah sifat ikhlas.Keikhlasan merupakan satu faktor penting didalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa seolah-olah  memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, kewangan juga perlu dikorbankan dan kehendak diri diketepikan untuk memastikan amanah kepimpinan dapat dilangsaikan dengan baik.

Semua itu berhajat kepada ikhlas. Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilunaskan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati sifat ikhlas. Justeru, sifat keikhlasan didalam diri seorang pemimpin seharusnya diukir kemas dan rapi didalam hati.

Hati-hati dalam meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang dibuat langsung tiada hasilnya kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang ikhlas dilaksanakan akan di nilai.

Yang paling penting ikhlas perlu didahulukan setiap langkah dan setiap pekerjaan kita seharian kerana tugas kepimpinan ini akan semestinya dilihat dan diperkatakan samada positif ataupun negatif.

Mahasiswa Bukan Sahaja Dengan Segulung Ijazah
Kesimpulan

Dengan persediaan mahasiswa yang bergelar pemimpin, kita akan mampu melahirkan sebuah masyarakat yang akan mendaulatkan Islam. Kita mesti konsisten didalam mewujudkan sebuah masyarakat remaja dan belia yang bernilai dan berpengetahuan tinggi dengan kemampuan untuk menjadi ‘mata rantai’ yang dapat menyambung perjuangan agama.

Golongan mahasiswa, dengan gandingan serta gabungan tenaga dan fikiran yang mantap perlu dioptimakan. Barisan pendakwah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbsh dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta ahli yang berdedikasi amat memerlukan keazaman,kesabaran serta kesungguhan dalam penyusunan dan perlaksanaan bagi merealisasikan golongan mahasiswa yang mampu untuk mencapai cita-cita seperti yang dirancangkan.

Setiap ruang, yang kecil atau besar menanti dan mengharapkan sumbangan golongan mahasiswa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Bilik-bilik besi dan medan-medan pertempuran di seluruh pelusuk dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian ramai pejuang Islam yang tidak dikenali yang tidak pernah mendapat apa-apa anugerah kehormatan duniawi. Jika pejuangan bukan kerana Allah, nescaya hidup dan usaha mereka menjadi sia-sia.

26 March 2012

PERKONGSIAN : KERTAS KERJA KURSUS PENYEMBELIHAN 2




CARA MEMUTUSKAN HALQUM DAN MARIH

1. Memulakan sembelihan dengan melukakan dibahagian leher haiwan iaitu berukuran satu inici dari buah halkum ( buku kerongkong ) sebelah bawah atau atas ( dapat dirasa melalui sentuhan tangan )

2. Mula menyembelih leher haiwan tersebut dengan menarik pisau dari sebelah bawah ke bahagian atas leher agar darah yang terpancut tidak menyembur keatas. Penyembelihan seperti ini diyakini akan terus memutuskan saluran HALKUM dan urat MARIH kerana kedudukan keduanya adalah berkembar.


SYARAT MEMUTUSKAN HALQUM DAN MARIH

1. Disyaratkan memutuskan halqum dan marih dengan sekali sembelihan sahaja iaitu sempurna sembelihan dengan memutuskan semua bahagian saluran halqum dan marih serta urat yang terletak disebelah kanan dan kiri leher haiwan dengan sekali sembelihan sahaja


2. Jika sembelihan itu tidak memutuskan salah satu dari keduanya tetapi haiwan masih lagi mempunyai HAYAT, maka hendaklah diulangi sembelihan itu dengan secepat mungkin dan HALALlah sembelihan tersebut.


MAKNA SEKALI SEMBELIHAN

Sekiranya didapati sembelihan yang dilakukan tidak memutuskan mana-mana bahagian halqum dan marih dengan sempurna sedangkan haiwan tersebut masih lagi ada HAYAT MUSTAQIRRAHnya, maka dengan segera hendaklah diulangi sembelihan itu jika :

a. Diangkat atau terangkat pisau dan dikembalikan semula dengan segera kerana ia menyangka urat keduanya telah putus.

b. Menukar pisau yang tumpul atau diganti dengan pisau yang tajam.

c. Pisau lucut atau terlepas dan gugur dari genggaman tangan dengan diambil semula pisau tersebut atau diganti dengan pisau yang lain.

d. Dipalingkan mata pisau yang tumpul kepada mata yang tajam.

HALAL sembelihan yang diulangi penyembelihan dari masala-masalah seperti diatas dengan syarat ada HAYAT MUSTAQIRRAH pada akhir ulangan sembelihan tersebut walaupun ia diulangi berkali-kali sembelihan dengan tidak panjang atau terlalu lama tempoh perceraian masa gerakan ulangan itu.

Ia tetap dikira sebagai sekali sembelihan jua. Sekiranya yang tertinggal atau yang tidak putus itu hanya sekadar halus kulit bawang dan tidak perlu kepada ulangan sembelihan.


MAKSUD DAN TANDA-TANDA HAYAT MUSTAQIRRAH

Hayat Mustaqirrah ialah haiwan tersebut masih kuat bertenaga samada selepas disembelih, dilanggar kenderaan atau dibaham oleh binatang buas dengan keadaan fizikalnya nyata kuat dengan pergerakkanya bertenaga serta darahnya masih lagi memancut dan mengalir dengan kuat.

Tandanya boleh dilihat dengan :

i. Pancutan atau aliran darahnya masih kuat memancut dan mengalir atau
ii. Pergerakan fizikal atau haiwan itu masih lagi kuat menggelepar dan bertenaga.


MAKSUD DAN TANDA-TANDA HARAKAT MAZBUH

1. Harakat Mazbuh ialah menafikan sifat-sifat dan syarat-syarat pada Hayat Mustaqirrah serta haiwan itu sudah kelihatan lemah dan seolah-olah sudah mati namun masih lagi kedengaran dengusnanya.

2. Jika haiwan yang berada dalam keadaan Harakat Mazbuh ini dengan sebab sakit, keletihan atau dalam keadaan kelaparan HALAL dimakan walaupun tidak kuat pancutan darahnya atau darahnya yang mengalir lesu dan tidak bermaya serta tidak bertenaga ketika ia disembelih.

3. Bagi haiwan yang dicederakan atau dibaham oleh binatang buas atau haiwan yang dilanggar / terlanggar oleh kenderaan atau haiwan yang termakan makanan yang beracun yang memudaratkan haiwan tersebut ia disyaratkan ada Hayat Mustaqirrah ketika mula hendak menyembelih haiwan-haiwan yang berada dalam keadaan diatas. Pastikan haiwan itu mati dengan sebab sembelihan dan bukan kerana yang lain.

Bagi memastikan haiwan yang disembelih itu matinya kerana sembelihan sila pastikan seperti :

1. Selepas haiwan itu disembelih ia masih lagi menggelupur / menggelepar .

2. Darahnya nyata mengalir dan memancut.

3. Matinya tidak terlalu cepat selepas ia disembelih. Bagi haiwan ternakan seperti lembu kerbau kambing dan lain-lain tempoh kematianya selepas disembelih memakan masa sekitar 3 – 5 minit dan keatas dan bagi ayam pula melebihi 1 minit.

4. Bagi haiwan yang terlalu lama tempoh kematianya selepas disembelih iaitu melebihi kadar normal diatas mungkin disebabkan oleh dua perkara iaitu

i. Jarak luka sembelihan dengan badanya

ii. Ada urat yang tidak putus

5. Bagi ayam, burung atau haiwan lain apabila selepas disembelih ia terbang atau hilang dan apabila ia dijumpai ia sudah mati maka matinya itu meragukan serta HARAM dimakan dagingnya kerana dibimbangi ia mati bukan serana sembelihan tadi tetapi matinya kerana yang lain seperti tersandung dan patah lehernya dll.




CARA MENYEMBELIH BINATANG YANG SUKAR DISEMBELIH PADA LEHERNYA

1. Dilukakan yang mematikan pada ketika itu jua dengan kadar segera seperti binatang buruan atau seperti unta,lembu, kerbau, kambing dan sebagainya yang terlepas lari atau yang sukar menangkapnya kembali atau sudah menjadi liar dan ganas pada ketika.

Jika dibiarkan seketika, mungkin ia kembali jinak dan berkuasa menyembelihnya sekalipun atau jika dibiarkan dibimbangi akan dicuri orang atau terus hilang maka HALAL binatang itu disembelih dengan cara melukakan pada mana-mana bahagian dengan sesuatu alat yang tajam seperti busur panah, pisau , pedang , lembing dan sebagainya kecuali yang berasaskan dari kuku dan tulang atau dilukakan dengan anjing perburuan.

2. Jika mudah untuk menangkap kembali binatang yang terlepas itu atau binatang buruan dengan dikejar atau diperangkap oleh anjing perburuan atau secara tangkapan ramai maka diistilahkan sebagai berkuasa untuk menyembelih dan TIDAK HALAL melainkan dengan menyembelihnya jua.

3. Jika binatang itu terjatuh kedalam telaga atau lubang atau seumpamanya dan tidak boleh disembelih pada lehernya seperti kerana kepalanya terperosok kedalam lubang, maka HALAL dilukakan pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya dengan niat menyembelih.

4. Jika dilontar sesuatu yang tajam atau ditetak dengan pedang atau parang dan terputus dua anggota tubuhnya, HALAL kedua-duanya untuk dimakan kerana ia diistilahkan sebagai luka yang menyegerakan mati dengan niat menyembelih.

Sekiranya ia tidak mati pada ketika itu dan boleh disembelih serta tidak dilakukan penyembelihan maka TIDAK HALAL ia untuk dimakan.

Jika terpotong dua anggota badan binatang itu dengan luka yang menyegerakan mati kemudian disembelih lagi pada lehernya maka HARAM anggota tersebut dan HALAL pada bahagian badanya kerana anggota itu terpotong daripada bahagian binatang yang masih hidup lagi.

TUJUAN SEMBELIHAN

1. Pemotongan saluran pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus memancut keluar serta menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan glukosa.keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit diikuti dengan penggelupur beberapa saat selepas itu.

2. Haiwan yang disembelih itu menggelupur disebabkan otaknya telah kehilangan oksigen dan bukanya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan yang elok kerana ia tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.

3. Darah binatang tersebut perlu dialirkan keluar dari sembelihan. Fakta-fakta saintifik membuktikan setiap penyembelihan yang dilakukan, darah haiwan tersebut perlu dialirkan keluar kerana darah merupakan medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian “spinal cord” (halkum) hendaklah dielakan dari terpotong ketika aktiviti sembelihan dilakukan, kerana ia akan menyekat aliran darah darah dari keluar akibat daripada saluran darah yang terganggu kesan dari jantung haiwan tersebut yang terhenti secara tiba-tiba.

4. Mengikut pendapat Dr. Zakir Naik iaitu seorang doktor dan Pendakwah Islam antarabangsa menyatakan bahawa kaedah penyembelihan islam adalah yang terbaik dan bersih kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman. Bakteria dan toksin yang akan mengakibatkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses sembelihan dilakukan. Selain itu daging sembelihan kekal segar dalam jangka masa yang lama.


KESIMPULAN

Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan penyembelihan islam adalah yang terbaik. Seterusnya menunjukkan islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk beribadah.
Oleh itu orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber pemakananya agar datang dari sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara Islam.


"Tanggungjawab menyediakan makanan dan daging halal adalah tanggungjhawab setiap individu muslim. Lakukanlah penyembelihan dengan baik dan beradab dengan mematuhi setiap kehendak Syara’ dan elakan dari menyeksa sebelum melakukan penyembelihan ".



APAKAH BOLEH WANITA MENYEMBELIH
Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah boleh wanita menyembelih haiwan dan apakah boleh kita memakan hasil sembelihannya?
Jawapan.
Dibolehkan bagi wanita menyembelih haiwan sebagaimana lelaki berdasarkan beberapa hadits shahih. Dan dibolehkan juga memakan dagingnya, dengan syarat wanita tersebut muslimah atau ahlul kitab dan dia melakukan penyembelihan tersebut secara syar’i walaupun lelaki yang mampu menyembelih ada, sebab tidak adanya lelaki bukan menjadi syarat batalnya sembelihan wanita tersebut.
Syakh Utsamin berfatwa dalam hal ini sebagai berikut:
Dibolehkan bahagi wanita menyembelih haiwan korban dan semisalnya, sebab dalam urusan ibadah wanita sama halnya dengan lelaki, kecuali ada dalil yang membezakan antara keduanya. Hal tersebut berdasarkan kisah seorang wanita budak pengembala kambing kemudian ada serigala yang menerkam kambingnya lalu budak tersebut mengambil batu yang tajam untuk menyembelih kambing tersebut, lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk memakan sembelihan tersebut.(1)
(Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 10/Tahun VIII/1425H/2004M. Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Alamat Jl. Solo – Puwodadi Km 8 Selokaton Gondangrejo Solo)
__________
Foote Note
(1). Disalin dari Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’athil muslimah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita
http://www.almanhaj.or.id/content/2301/slash/0
  APAKAH HALAL MEMAKAN SEMBELIHAN AHLI KITAB
 Orang Islam dibenarkan memakan makanan ahli kitab sebagaimana firman Allah swt didalam surah al-Maa’idah ayat 5. Yang dimaksudkan ‘makanan’ adalah binatang halal yang telah di sembelih oleh ahli kitab.
Ini dijelaskan oleh Ibn Qudamah rh, katanya :-
أجمع أهل العلم على إباحة ذبائح أهل الكتاب ؛ لقول الله تعالى : ( وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ ) المائدة/5 ؛ يعني : ذبائحهم . قال البخاري : قال ابن عباس : طعامهم ذبائحهم .

“Ijma’ ulama’ membenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab! Kerana firman Allah swt : ‘Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu’ al-Maa’idah ayat 5. Al-Bukhaari berkata : Ibn Abbas ra. berkata : ‘Makanan mereka’ bermakna daging yang disembelih oleh mereka” (al-Mughni, 13/293).
Daging tersebut hendaklah disembelih menurut syara’. Bagaimana pula kalau binatang tersebut disembelih dengan cara lain? Pada prinsipnya, kalau kita tidak tahu status sembelih ahli kitab tersebut (seperti menyebut nama Allah atau tidak?), tidak mengapa hukumnya. Dari A’isyah ra. bahawa beberapa orang telah datang kepada Nabi  dan berkata :
إن قوما يأتوننا باللحم ، لا ندري أذكروا اسم الله عليه أم لا ؟ فقال : سموا أنتم ، ثم كلوا
 
“Beberapa orang telah membawa daging kepada kami, Kami tidak tahu sama ada mereka menyebut nama Allah atau tidak? Baginda berkata : Kamu ucapkan sendiri kemudian makanlah” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #5507].
Didalam perkara ini, Ibn Utsaimin rh. telah mengariskan 3 senario berkenaan dengan daging ini :-
الأولى : أن نعلم أن هذا يذبح على طريق سليم . فهذه الذبيحة حلال .
الثانية : أن نعلم أن هذا يذبح على طريق غير سليم . فهذه الذبيحة حرام .
الثالثة : أن نشك ، فلا ندري أذبح على وجه سليم أم لا . والحكم في هذه الحال أن الذبيحة حلال ولا يجب أن نسأل أو نبحث كيف ذبح ، وهل سمى أم لم يسم ،

1.  Kita tahu bahawa ia disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Halal.
2.  Kita tahu bahawa ia tidak disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Haram.
3.  Kita tidak pasti, tidak tahu samada disembelih menurut cara jalan yang betul atau tidak. Hukum didalam kes ini adalah dagingnya Halal, dan tidak wajib bertanya atau mencari bagaimana ia disembelih, dan apakah disebut nama Allah atau tidak” (Fataawa Islamiyyah, 3/415).
Beliau juga menyebut :
وإذا تورع الإنسان وترك الأكل من هذه اللحوم فلا حرج عليه ، وإن أكلها فلا حرج عليه

“Dan jika seseorang itu berhati2 dan meninggalkan dari memakan daging ini, maka tiada kesalahan baginya, dan jika dia memakannya maka tidaklah juga satu kesalahan baginya” (Fataawa Islamiyyah, 3/415).
Kesimpulannya, secara umumnya umat Islam dibenarkan memakan daging sembelih ahli kitab. Jika kita tahu bahawa sembelihan ahli kitab tadi tidak mematuhi kehendak syariah, maka haram bagi kita memakan daging tersebut. Bagi yang tidak tahu atau tidak menyoalnya, maka bolehlah mereka memakan daging trsebut. WA.

APAKAH BOLEH MENGGUNAKAN ELEKTRIK

Berikut saya memetik Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fiqh Islam sedunia :

"Pada sesi yang ke 10 Majlis Fiqh Islam di Liga Dunia Islam yang berlangsung di Mekah dari hari Sabtu, 24 Safar 1408H / 17hb Oktober 1987 hingga ke Rabu, 28 Safar 1408H / 21hb Oktober 1987, isu penyembelihan binatang dengan menggunakan kejutan elektrik telah di perbincangkan.

Setelah bermunaqasyah mengenai isu tersebut, majlis bersetuju mengenai perkara berikut :

1. Jika bintang itu masih hidup setelah kejutan elektrik dan kemudiannya ia disembelih, maka sembelihan menurut syariah Islam, maka ia halal dimakan. Kerana umumnya firman Allah swt :

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas..."[Al-Maidah:3]

2.  jika binatang tersebut mati semasa kejutan elektrik sebelum ianya disembelih, maka ia adalah bangkai, maka haram di makan. Pada umumnya firman Allah swt :

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai…" (Al-Ma’idah: 3)

3.  Mengenakan Voltan yang tinggi keatas binatang sebelum ianya disembelih merupakan satu penyiksaan kepada binatang. Islam melarang menyiksa binatang dan melaku ihsan dan merahmatinya. nabi saw bersabda : 


"Sesungguhnya Allah swt telah segala sesuatu; maka jika kamu bunuh mereka, bunuhlah dengan cara yang baik dan apabila menyembelih mereka, sembelihlah dengan cara yang baik. Setiap seorang dari kami hendaklah menajamkan pisau, dan biarkan binatang sembelihan mati dengan baik"

4.  Jika binatang tersebut didedahkan kepada kejutan elektrik yang rendah yang tidak menyebabkan binatang itu tersiksa, dan ia dilakukan unutk meringan kesakitan dan mengawalnya semasa penyembelihan, adalah tidak menyalahi pada syara' melakukannya, asalkan ia dipersetuji oleh umum"


Kesimpulannya, pada dasarnya Kejutan elektrik akan menyebabkan penyiksaan yang teruk keatas binatang. Walaubagaimana pun, jika kejutan elektrik adalah diparas rendah agar ia tidak menyiksa binatang, maka bolehlah ia digunakan. 

Sebagai tambahan, jika binatang ini masih hidup setelah kejutan electrik, maka ia boleh disembelih dan di makan. Akan tetapi jika ia mati akibat kejutan maka tidaklah boleh ianya di makan.

Majlis Fatwa Al-Azhar mengatakan :

"Jika Mesin elektrik tersebut memenuhi kehendak penyebelihan dan syaratnya, dan pisaunya tajam yang boleh memotong urat ditempat yang di sembelih, maka ia boleh digunakan didalam penyembelihan sebagaimana menggunakan pisau. Walaubagaimana pun, jika mesin tersebut membunuh binatang dengan kejutan eletrik atau dngan cara lain yang tidak memenuhi kehendak Islam, maka daging tersebut tidak boleh dimakan."

wallahu 'alam

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama
Sekian, Wasalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...