Alhamdulillah, sekian lama tidak menulis terasa kekok untuk menulis. Namun, apabila melihat beberapa isu sekarang yang melibatkan sensitiviti mahasiswa semakin kuat untuk mendorong saya menulis tajuk ini.
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang penuh rahmah kali ini, saya mengajak seluruh mahasiswa Islam agar dapat mengambil ibrah dan intipati dari bulan kebesaran Islam ini sebagai pegangan hidup. Sifat kesatuan iaitu cintakan Islam perlu wujud dikalangan mahasiswa bagi membentuk diri mahasiswa yang mampu membuat perubahan ke arah kebaikan.
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang penuh rahmah kali ini, saya mengajak seluruh mahasiswa Islam agar dapat mengambil ibrah dan intipati dari bulan kebesaran Islam ini sebagai pegangan hidup. Sifat kesatuan iaitu cintakan Islam perlu wujud dikalangan mahasiswa bagi membentuk diri mahasiswa yang mampu membuat perubahan ke arah kebaikan.
Melihat kepada peranan suasana dan keadaan mahasiswa kini yang begitu penting didalam jatuh bangunnya sesebuah negara, selaku mahasiswa perlulah menangani isu-isu yang mendatang dengan baik dan profesional. Mahasiswa juga perlulah diingatkan bahawa segala tingkah laku yang di lakukan menggambarkan keadaan mahasiswa itu sendiri. Andai sesorang itu yang bertitlekan mahasiswa sering menggunakan pendekatan dan bicara yang lebih emosional , saya yakin pandangan umum terhadapnya seperti ‘budak kecil yang baru hendak belajar’
Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan beberapa kumpulan mahasiswa yang suka mengambil tindakan terburu-buru lantas merosakkan imej kemahasiswaan mereka sendiri. Ingin berlagak hebat, tapi tidak pandai berstrategi. Bukankah itu ‘kurang cerdik’ namanya.
namun begitu,akhir-akhir ini, mahasiswa seringkali diancam dan diugut sehingga membuatkan kadang-kadang mahasiswa ini tidak berani dan menjadi takut untuk menyatakan kebenaran walaupun ianya benar dan perlu disuarakan. Tahniah saya ucapkan kepada mahasiswa Jordan yang jelas membantah penyiaran filem “ Tahajud Cinta” yang bagi saya ini adalah peranan mahasiswa yang sebenar, yang benar katakan benar.
Isu terbaru yang masih diperkatakan, melibatkan beberapa mahasiswa pengajian Islam di Mesir, sebenarnya tindakan mahasiswa tersebut bertepatan dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak besuara dan layak mengundi dalam pilihanraya. Bahkan bagi saya, ia adalah lebih kepada menuntut hak dan keadilan.
Saya ingin timbulkan beberapa persoalan, memandangkan majoriti mahasiswa adalah berumur 21 tahun, adakah perlembagaan 119(a) terbatal serta merta.? Saya juga sudah berumur 24 tahun dan saya juga masih memegang status sebagai seorang mahasiswa,adakah hak saya sepertimana yang di sebut 119(a) terbatal? kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka dihalang untuk besuara bagi menyatakan pendirian mereka terhadap mana-mana isu. Kita menguar-uarkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, namun, mengapa mesti ada halangan terhadap mana-mana mahasiswa untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?
Saya bersetuju dengan sekatan dan tindakan yang diambil atas mahasiswa samada IPT dalam mahupun luar sekiranya ia melibatkan keselamatan dan kerosakan pada Negara, namun apa yang saya lihat akhir-akhir ini mahasiswa yang ingin menyuarakan hak-hak mereka yang tidak ditunaikan dalam keadaan harmoni. Namun, ia dianggap suatu kesalahan yang besar.
Saya selaku mahasiswa beranggapan undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sangat tidak relevan pada masa ini, Saya kuat mengatakan bahawa dengan cara inilah kita mampu membentuk kepimpinan dan mematangkan mahasiswa yang mahasiswa ini kelak akn memimpin sebuah Negara. Mahasiswa perlu diberikan pendedahan mengenali lanskap dan apa itu politik, agar mereka kelak kenal dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik dan profesianal yang tidak mengikut hawa nafsu semata-mata. Apa yang berlaku hari ini, gejala aku tidakpedulisma ini semakin banyak dikalangan mahasiswa yang tidak mengambil tahu dan tidak tahu hal ehwal negara menyebabkan mahasiswa semakin menjadi pasif dan lesu didalam menangani beberapa isu.
Oleh itu, jangan sesekali beremosi tapi berstrategi ketika menangani isu dan ancaman serta bertindak mengikut arahan daripada pimpinan. Keselarasan pemikiran dan kesepakatan bekerja inilah yang diajar didalam kesatuan.
No comments:
Post a Comment