BERSAMA SAYA

23 February 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling. Semoga Ianya Menjadi Permulaan.



 ANGGOTA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING



Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi



Mohd Ridzuan Bin Khalin










Naimah Binti Taharuddin





       Miqdad Bin Zakaria                                                           Nor Hidayah Binti Hambali   






 Muhammad Ihsan Bin Pajaruddin                                                  Nur'Atikah Binti Ridzuan

















Muhammad Shariff Md Azhari                                                         &
Siti Nur Fatihah Khamaruzzaman




















Alhamdulillah ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran buat Sang Pemilik Alam Semesta yang telah memberikan peluang dan kesempatan kepada kami PERMATA untuk menubuhkan sebuah unit khas didalam membantu dan memastikan ahli PERMATA sentiasa dalam keadaan yang baik dan ke arah mencapai dasar-dasarnya didalam membentuk syahsiah mahasiswa Islam yang berkualiti serta mampu menterjemah ilmu sesuai dengan keperluan umat secara kolektif.

Semoga dengan penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dapat membantu Mahasiswa/wi PERMATA didalam membentuk syahksiah sebenar seperti yang dikehendaki Dunia Masakini.

PENGENALAN

Unit ini ditubuhkan dibawah kelolaan Presiden PERMATA yang bertujuan untuk memperkasakan pembangunan modal insan seperti yang telah ditetapkan sebagai dasar PERMATA. Ia juga adalah untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku dikalangan mahasiswa/wi di Mu'tah khususnya.

Penubuhan unit ini juga adalah salah satu usaha kearah membentuk peribadi mulia di kalangan Mahasiswa Islam.

NAMA UNIT

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING.

VISI

“Untuk menghasilkan Syahksiah Islam yang sebenar (Al-Quran) ”

MISI

Memastikan pengurusan syahksiah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia yang mantap dan berkesan.

KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku mahasiswa/wi. Seterusnya, langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di peringkat persatuan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan.

PRINSIP PERLAKSANAAN

Pelaksanaan dasar 'semua kepimpinan PERMATA dan Perwakilan Batch adalah berhak ke atas unit ini'.

Pemantapan kerjasama dan tindakan antara kepimpinan dan ahlijawatankuasa bimbingan dan kaunseling.

Mempermudahkan tugas PERMATA dalam pengurusan mahasiswa/wi.

18 February 2011

Sebalik tabir Maulidur Rasul Dan Haflah Mutazawwijin. Kalian Menjadikan Saya Semakin Matang.

Jazakallah khairan jaza' yang tidak terhingga buat teman-teman yang sudi menjayakan program tahunan PERMATA ini, sejujurnya saya berasa tersentuh dan terharu melihat kesungguhan kalian adik- beradik PERMATA yang menjayakan program ini, Mudah-mudahan usaha kita bersama didalam memertabatkan PERMATA di hati semua diberkati olehNYA. 

Teman-teman penyambung mata rantai perjuangan sekalian, kita sama-sama menghayati erti sebenar Sambutan Maulidur Rasul 1432hijriah ini, seterusnya memerhati semula sirah Nabawiyyah, ambil ibrah sunnah Nabi dan para sahabat berjuang memertabatkan Islam, bukan hanya sekadar dengan apa yang kita ambil dari mata pelajaran wajib di Universiti Mu'tah Jordan ini, seharusnya kita selami lagi penghayatannya.

Dan ucapan alfunn syukran, kepada teman-teman yang menjadi tulang belakang yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program disebalik tabir, khas untuk Barnamij Maulidurrasul dan Haflah Mutazawwijin ini, terima kasih buat Ustaz Miqdad selaku tuan rumah, Ustaz Ridzuan dan bagi pihak Masjid Syeikh Abdullah Bin Bazz didoakan agar sentiasa diberikan rezeki yang murah. Allahumma amin.


Terima kasih kerana kalian menjadikan saya semakin matang di dalam persahabatan.Mudahan dengan program-program ilmiah seumpama ini dapat menambahkan lagi kasih sayang diantara kita dan yang utama semoga di redhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian. Allahumma amin.



Dikk yang sihat dipilih khas untuk Ahli PERMATA.

Menawar harga yang paling murah untuk Ahli PERMATA.

Membawanya menggunakan Van.

Alhamdulillah dikk yang dibeli kesemuanya nampak sihat-sihat.

Perkampungan Kasyrawi mencari Jiddiy.

Terpaksa memerhati sebaik mungkin.

Memilih Jiddiy memerlukan kecekalan dan kesabaran.


Suasana petang Khamis yang sejuk, dan menyembelih
ayam, dengan teman-teman yang hadir.

Teman saya sepanjang perjalanan ustaz firdaus menunjukkan skillnya.

Alhamdulillah sahabat2 yang hadir petang itu menguatkan 
semangat untuk mencabut bulunya pula.

Ustaz Asra' antara belakang tabir terbaik ketika itu.

Ustaz Muhammad dengan jiddiynya.

Menyempurnakan dikk yang masih belum dicabut bulu-bulunya.

Terima kasih Ustaz Azamuddin yang sudi memerah 
keringat malam itu.

Terima Kasih Ustaz Rashidi yang sama-sama melapah dikk.

Daging jiddiy yang mesti diuruskan dengan segera.

Makanan hasil tangan Ustaz Taufik@tukang masak Mu'tah, 
menambah keyakinan kami berkerja.

Team kedua pula sampai memberi semangat luar biasa 
pada ana dan teman-teman yang lain.


Sesungguhnya kerja kalian ini bernilai ibadah dan 
pahala berganda disisi Allah. Insya'allah.Amin.

LAU KUNTA BAINANA YA RASULULLAH, WAHAI KEKASIH ALLAH…


Suasana sejuk musim syita' masih lagi dirasai sekitar Mu'tah Bumi Syuhada' ini, Alhamdulillah masih lagi, diri ini diberi kekuatan iman dan Islam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tetapi hati ini masih terkenang dan cintakan Kekasih Pilihan Allah itu.

12 Rabiulawal tahun Gajah, bersamaan dengan 20 April 571 M merupakan tarikh yang bersejarah yang mana lahirnya seorang putera Abdullah dan Aminah yang telah merubah peradaban seluruh dunia ISLAM.Lahirnya seorang Nabi terakhir, Nabi junjungan Muhamad S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. 

Sebagaimana Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya:
'Dan kami tidak mengutus engkau Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam'.

Setiap tahun, setiap kali menjelangnya hari Kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam atau dikenali sebagai Maulidur Rasul, semua umat ISLAM di seluruh dunia akan menyambutnya. Tidak ketinggalan di Jordan mahupun di tanahair kita di Malaysia. Kebetulan pula pada tahun ini, jatuhnya pada bulan Februari 15 Februari 2011. Sehari selepas Valentine Day yang disambut oleh remaja yang mengagungkan cinta manusia dek kerana ceteknya ilmu pengetahuan. 

Jadi pada tahun ini, marilah sama-sama kita menyambut Hari Kekasih namun bukan sang kekasih tetapi pada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, Tujuan sambutan ini dilakukan adalah bukan untuk memuja Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, tetapi sebaliknya bagi mengingati segala pengorbanan Baginda kekasih Allah itu, yang lebih utama adalah untuk mencontohi Akhlak serta segala Sunnah yang ditinggalkan kepada kita.

Sama kita hayati sebagaimana dalam firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya :
'Sungguh telah ada pada diri Rasulullah S.A.W. itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat ALLAH dan kedatangan Hari Kiamat yang banyak mengingati ALLAH'.

Diriwayatkan, ketika ditanya kepada Saidatina Aishah Radhiallahu Anha, apakah akhlak Rasulullah?, Aishah menjawab: 'Akhlak Rasulullah ialah al-Quran'.

Maksud sabda Rasulullah: 'Sesungguhnya Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam itu diutus untuk menyempurnakan Akhlak yang terpuji.

Pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

Masih ingatkah kita kisah terakhir Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Disaat baginda terlantar sakit untuk menghadapi sakaratulmaut. Malaikat Jibril dan Malaikat Izrail telah bersama-sama menemui Baginda untuk menjalankan tugasnya. Namun baginda masih sempat untuk bertanya kepada Malaikat Jibril.

Mari kita singkapi dan hayati.

Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan ALLAH S.W.T nanti?
Tanya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dengan suara yang amat lemah ketika mana jibril mendatangi baginda.“Pintu-pintu langit telah terbuka, para Malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganMu.” Kata Jibril.

Tapi itu tidak ternyata membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi.
“Khabarkan padaku bagaimana nasib Ummatku kelak?”.

Jangan khuatir Ya Rasulallah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja kecuali Umat Muhammad telah berada di dalamnya,”kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat.

Perlahan Ruh Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam ditarik, kelihatan badan Kekasih Allah itu bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakitnya sakaratulmaut ini?” perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku Jibril, sehingga kau palingkan wajahmu Jibril”?tanya Rasulullah kepada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup melihat kekasih ALLAH direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.
“Ya Allah, dahsyatnya maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada Umatku”.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan ingin membisikkan sesuatu. Saidina Ali Karramallahu Wajhah segera mendekatkan telinganya. “Usshiikum Bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah Solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.

Di luar pintu tangisan mulai mendengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummati Ummati Ummati”

Kekasih ALLAH telah pergi buat selamanya…allah allah allah..
Sahabat-sahabat menangisi pemergian Baginda .Kehilangan yang amat-amat dirasai oleh mereka pada zaman tersebut. Betapa sayangnya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam pada Umatnya sehingga di saat terakhir kematian, baginda masih menyebut dan mengingati nasib Umat-umatnya. 

Namun kita sebagai umatnya sekarang adakah mampu untuk menyayangi Baginda sepertimana Baginda menyayangi kita?. Adakah kita telah mengamalkan Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Baginda? Bagaimana kehidupan remaja-remaja kita di luar sana? Siapa yang kita agungkan, siapa kekasih kita? Dan kita sendiri sebagai pelajar Mahasiswa yang bakal memegang Ijazah Syariah, apa yang telah kita lakukan untuk kita menolong sahabat-sahabat kita di luar sana yang amat-amat memerlukan. Persoalan yang ditinggalkan untuk sama-sama kita fikirkan.


Sahabat-sahabat, adik beradik, dan pembaca sekalian. Ana menyeru pada diri ana sendiri dan semua supaya kita sama-sama mengamalkan Sunnah, ikutan yang ditinggalkan oleh Baginda terutamanya pada bulan Rabiulawal ini. Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi.”

Namun ikutan itu bukan hanya dilakukan pada bulan ini sahaja, namun setiap masa dan setiap nafas dalam kehidupan seharian. Mari kita sama-sama mengutip Roh Perjuangan dalam diri Baginda untuk kita jadikan sebagai panduan dalam meneruskan kehidupan dalam masa yang sama menjadikan Sirah, Sunnah Nabi sebagai ikutan. Perjuangan perlu diteruskan, kerana kita adalah rantai-rantai perjuangan, bukan pemula dan pengakhirannya. Generasi kita yang menentukan masa depan sesebuah negara terutamanya untuk Tanah Air tercinta.

15 February 2011

Rakyat Terus Bangkit Di Semenanjung Arab


  Di Tahrir Rakyat bersama ulama mengaminkan doa semoga yang terbaik buat mereka

Gambar menunjukkan jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka setelah 
17 hari mengadakan rusuhan

11 Febuari 2011 telah mencatat sejarah sekali gus merupakan tarikh keramat kemenangan  buat rakyat Mesir yang telah mengadakan rusuhan selama 17 hari apabila Mubarak melepaskan jawatannya sebagai Presiden Mesir. Rusuhan yang bermula 25 Jan dan berakhir pada 11 Feb dikatakan tercetus dari berlakunya revolusi di Tunisia dan di Semenanjung tanah Arab yang bertujuan ingin menjatuhkan kerajaan yang zalim. Namun begitu, rakyat masih belum senang sepenuhnya dan masih menunggu siapakah yang bakal menggantikan kekosongan kerusi nombor satu Negara. Semoga yang terbaik buat rakyat Mesir.

Di Mesir, keadaan agak rumit apabila timbul banyak parti yang akan dipertandingkan di dalam pilihan raya akan datang.Pasukan tentera Mesir akan menyerahkan Mesir kepada satu kerajaan yang dipilih rakyat dalam tempoh enam bulan.Namun kumpulan Islam Brotherhood (Ihwan Muslimin) pula berkata jika undang-undang darurat ditamatkan dan tawanan-tawanan politik dibebaskan, ia akan membina satu lagi “jambatan keyakinan” kepada rakyat negara Mesir.

Penunjuk perasaan membakar sebuah tong sampah dalam satu bantahan antikerajaan di Teheran, Iran kelmarin


Rakyat Yaman yang turut serta didalam rusuhan

Protes beramai-ramai di Bahrain


Dunia semakin memberi perhatian dengan kuasa rakyat yang semakin bangkit hari ini di seluruh semenanjung tanah arab. Sehingga kini, masih lagi terpapar mengenai kebangkitan rakyat di Yaman,Bahrain dan yang semakin membimbangkan di Iran yang telah  melibatkan ribuan rakyat yang keluar ke jalanan dan telah melibatkan beberapa kematian dan berpuluh yang lain ditangkap.

9 February 2011

Kami Mahasiswa Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Buat Kerajaan MALAYSIA..

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri kabinet menyambut ketibaan kumpulan pertama pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, 7 Feb 2011


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri kabinet menyambut ketibaan  pelajar Malaysia 7 Feb 2011


SEBAHAGIAN pelajar Malaysia dibawa pulang dari Mesir berikutan konflik di negara tersebut, memegang sepanduk menyatakan penghargaan mereka kepada kerajaan yang prihatin terhadap keselamatan mereka, selepas tiba di Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, 7 Feb 2011


PRESIDEN Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) melaungkan slogan 1 Malaysia bersama sebahagian pelajar sekolah Asrama Darul Rahim Mahad Buuth Kaherah dan Markas Nin Al-Azhar yang tiba dari Jeddah dengan penerbangan Saudi Airlines 6254 jam 10.35 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA,Sepang. 9 Feb. 2011


DUA model seksi bersama jentera terbaru pasukan Mercedes GP Petronas yang bakal digunakan pada perlumbaan Formula Satu musim 2011 yang akan bermula bulan depan, pada majlis pengenalan jentera itu di hadapan Menara Petronas, Kuala Lumpur, 7 Feb 2011


Mary J. Blige penyayi seksi Holywood, di Kuala Lumpur Convention Centre, 8 Februari 2011.



KONSERT penyanyi antarabangsa, Mary J. Blige, di Kuala Lumpur Convention Centre, 8 Februari 2011.

6 February 2011

Degil dan Ego, Mubarak atau Rakyat..?

                          Jelas diwajahnya Mubarak merupakan seorang pemimpin yang degil dan ego,
                                                                            tetapi bijak dan licik.


PADA prinsipnya, Hosni Mubarak sudah tewas, apabila rakyatnya bangkit memberontak menentangnya sejak 25 Januari lalu, setelah mendapat inspirasi daripada Revolusi Jasmine di Tunisia. Secara prinsipnya juga Perlembagaan Mesir tidak lagi berfungsi apabila rakyatnya menolak kuasa Presiden dan kerajaannya.

Namun, Mubarak masih tegak berkuasa. Secara moralnya pula, Mubarak 'menang' apabila tarikh akhir yang diberikan oleh penunjuk perasaan antikerajaan pada Jumaat lalu (4 Februari) yang dipanggil 'Hari Pengunduran' bagi mendesaknya berundur, tidak menjadi kenyataan. Mubarak masih terus 'berkuasa'.

Mubarak merupakan seorang pemimpin yang degil dan ego, tetapi bijak dan licik. Walaupun, pemimpin-pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama terus meningkatkan tekanan mendesaknya berundur secara terhormat, namun, Mubarak masih berdegil, sebaliknya terus menyusun strategi bagi terus berkuasa.

Nampaknya, strategi-strategi yang disusunnya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya sehingga setakat ini, apabila jumlah penunjuk perasaan semakin berkurangan terutama di Dataran Tahrir, Kaherah yang menjadi pusat tumpuan tunjuk perasaan. Mubarak turut menggunakan 'orang- orang setianya' termasuk Komander Tertinggi Tentera Mesir, Hassan al-Roweny yang 'turun ke padang' menggesa penunjuk perasaan di Dataran Tahrir supaya bersurai dan pulang ke rumah.

Malahan pelantikan Naib Presiden Omar Suleiman dan Perdana Menteri Ahmad Shafiq adalah sebahagian strateginya bagi mengendurkan kemarahan rakyat. Ia sesuatu yang aneh, apabila jawatan Naib Presiden yang tidak pernah diisi sejak Mubarak melepaskannya 30 tahun lalu untuk menjadi Presiden menggantikan Anawar Sadat yang mati dibunuh, diisi - jika Mubarak tidak ada tujuan strategik.

Mubarak berharap kesetiaan Omar yang merupakan sekutu kuatnya akan menyusun strategi bagi membantunya mengekalkan kuasa.Sehingga saat ini, tiada tanda-tanda pemimpin berusia 82 tahun itu akan melepaskan jawatan. Penunjuk perasaan juga terus bertahan tidak berganjak dari Dataran Tahrir, walaupun jumlahnya sudah mula berkurangan.

Mubarak memang seorang yang degil. Mubarak mengikuti gelombang kemarahan rakyatnya itu dengan penuh teliti dan berhati-hati dari hari pertama tunjuk perasaan itu tercetus.

Beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah melatah dengan gelagat rakyatnya yang terus meningkatkan momentum mendesaknya meletakkan jawatan. Pada satu ketika (2 Februari lalu) Mubarak berjaya menukar haluan protes kepada situasi huru-hara apabila penyokong-penyokongnya yang muncul tiba-tiba pada Rabu lalu bertindak menyerang dan memukul kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan untuk menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan antikerajaan.

Mubarak juga tidak peduli jumlah korban tunjuk perasaan di Mesir yang kini mencecah angka 300 orang dan hampir 4,000 lagi cedera.

Apa yang diinginkan oleh Mubarak ialah 'mahu pengundurannya' dilakukan mengikut caranya, kerana menurut Mubarak, beliau bertanggungjawab terhadap keselamatan Mesir. Beliau mahu dilihat sebagai wira - 'berundur dalam kemenangan' bukan 'berundur dalam kekalahan'. Maka tidak hairanlah mengapa semasa pengumuman pada malam Rabu lalu melalui televisyen, Mubarak masih mampu berucap dalam keadaan tenang menyatakan pendiriannya tidak akan berundur segera seperti yang didesak oleh beribu-ribu penunjuk perasaan

Mubarak juga seorang yang bijak dan tabah, walaupun dalam situasi tertekan dan genting ketika dia kini berseorangan, setelah disisihkan termasuk oleh sekutu kuatnya AS serta menerima tekanan berterusan daripada Presiden AS Barack Obama supaya beliau melaksanakan pembaharuan politik sekarang.

Beliau kini cuba meletakkan segala-gala masalah yang dihadapi Mesir sekarang ke atas rakyatnya yang bangkit memberontak.

Latar belakangnya sebagai seorang tentera dan pengalamannya merintah Mesir selama tiga dekad sejak menggantikan Anwar Sadat yang mati dibunuh di tangan tenteranya sendiri 30 tahun lalu telah mematangkannya untuk menghadapi situasi genting seperti ini.

Sejak hari pertama tunjuk perasaan, Mubarak telah mengatur strategi.
Langkah pertama yang diambilnya ialah menutup perkhidmatan Internet, bagi menyekat perhubungan antara penunjuk perasaan dan mengelakkan maklumat mengenai keadaan di Mesir tersebar di seluruh negara dan dunia.

Jika pada peringkat awal tunjuk perasaan, beliau menyerahkan kepada polis antirusuhan untuk mematahkan tunjuk perasaan. Namun setelah melihat tunjuk perasaan melarat selepas sembahyang Jumaat pada 28 Januari lalu, menyaksikan ramai yang cedera dan terbunuh akibat tindakan ganas polis antirusuhan, Mubarak mengubah strategi. Selepas melihat suasana sudah mula tidak terkawal dan tindakan ganas polis antirushan, tiba-tiba jalan-jalan raya menuju Dataran Tahrir yang sebelum ini dipenuhi polis antirusuhan menjadi lengang dan tunjuk perasaan berjalan secara aman dengan terus membina momentum bagi meningkatkan tekanan mendesak Mubarak meletak jawatan.

Maka bermulalah babak baru menyaksikan kemunculan kumpulan penyokong Mubarak secara tiba-tiba menyerang kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan dengan senjata api, kayu, batu besi dan bom api dari atas bangunan, sebahagiannya menaiki unta dan kuda menyerang kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan, dengan pihak tentera hanya menyaksikan insiden itu tanpa berbuat apa-apa.
Kelmarin, parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin tertinggi parti itu, termasuk anak Mubarak - Gamal Mubarak bagi mengendurkan kemarahan rakyat.

Mubarak akan melakukan apa sahaja bagi memastikan dirinya terselamat. Setelah menerima kecaman hebat, Mubarak mengubah pula strategi menghantar Omar dan Shafiq supaya mengadakan rundingan dengan ketua-ketua pembangkang, termasuk dengan pembangkang kuat Ikhwan Muslimin, walaupun pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei sebelum itu bertegas tidak mahu mengadakan sebarang rundingan selagi Mubarak tidak meletak jawatan bagi membincangkan syarat-syarat pembentukan kerajaan peralihan. Ini dilihat sebagai langkah terakhir Mubarak bagi berundur mengikut caranya.

sumber: utusan

4 February 2011

Kebangkitan Semenanjung Arab. Sampai Bila..?

‘Syukur sangat kerajaan dah mula membantu memindahkan kami ke Jeddah.Tapi kami rasa macam taknak pergi sebab kami tak mampu untuk kos tiket pulang ke Malaysia dan kembali semula ke Mesir, Kami bukan orang senang ,kami sehingga kini masih tiada apa-apa lagi tindakan dari pihak yang bertanggungjawab, mungkin sebab kami bukan pelajar tajaan kot atau mungkin sebab kami berlainan warna fikrah ’. Luahan beberapa orang sahabat saya. 

Mungkin belum sampai lagi kot, nanti sampai la tu. Banyakkan bersabar kami sentiasa mendoakan kalian disana’. Saya cuba memujuk dengan harapan mereka terus  kuat, itulah yang termampu untuk diri ini lakukan. Semoga Allah melindungi dan memberikan kekuatan buat kalian.

Federal Reserve Unit(FRU) di mesir melawan kebangkitan rakyat.

Masih lagi terpapar di laman-laman web  dan akhbar mengenai kebangkitan negara di Semenanjung Arab ini semenjak dua minggu yang lalu, yang mendapat inspirasi daripada protes yang menjatuhkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan kini mengancam Presiden Mesir, Hosni Mubarak. 'Rakyat menuntut perubahan rejim. Tolak rasuah, tolak pemerintahan diktator'.

Terkini,   Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan raya di ibu negara ini hari ini dalam perhimpunan yang dipanggil ‘Hari Kemarahan’ bagi menuntut pertukaran kerajaan, sambil menyifatkan tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh untuk berundur pada 2013 sebagai tidak memadai. 

Cara yang sama  dilakukan seperti di Mesir dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan pencacai kerajaan zalim’ supaya menghalang rakyatnya terus mengasak Presiden nya supaya meletak jawatan.


Di Mesir pula, Sehingga kini  sekurang-kurangnya lima terkorban apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti kerajaan yang berkumpul di Dataran Tahrir, di sini Khamis. Menteri Kesihatan Mesir, Ahmad Samih Farid memberitahu televisyen kerajaan bahawa lima orang penunjuk perasaan disahkan terbunuh manakala 836 yang lain mengalami kecederaan.

Menjadi mangsa keganasan, dalam waktu yang sama pemerintah duduk
senang di kerusi yang empuk.

Sehingga kini, kenyataan dikeluarkan Syeikh Yusuf al-Qardhawi
rakyat yang mati dalam demonstrasi adalah mendapat syahid.

Perasaan takut diketepikan ,Agamawan bersama rakyat Mesir terus bangun menentang  Presiden mereka. Keadaan semakin tegang  apabila  Hosni Mubarak yang ‘tidak mempunyai  perasaan malu’ mengeluarkan kenyataan dan menegaskan  beliau tidak akan meletak jawatan sehingga akhir September ini  dengan mengekalkan jawatanya sebagai orang nombor satu Mesir. "Kami tidak akan meninggalkan tempat ini selagi Mubarak tidak berundur," kata seorang wanita yang dikenalpasti oleh Al Jazeera sebagai Mona Seif.

4 Feb Jumaat, dijangkakan akan diadakan himpunan besar-besaran termasuk rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan untuk menjatuhkan pemerintahan rejim. Semoga Allah memberikan perlindungan buat teman-teman dan hidayah buatnya ( Hosni  Mubarak) dan yang terbaik buat Mesir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...