BERSAMA SAYA

21 August 2011

PEMANGKU PRESIDEN MPPMJ



Dipangku Oleh


Muhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor [Ketua Biro Pembangunan Minda & Akademik]

+962779623043

Assalamulaikum buat seluruh warga MPPMJ..

Bismillahirahmanirrahim.

Dengan ini, saya Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ] akan  bersama Umrah MPPMJ yang akan bermusafir selama 12 hari yang bermula pada 21 Ogos sehingga 1 September. Sepanjang tarikh ini jawatan Presiden MPPMJ akan di pangku oleh Saudara Muhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor manakala Timbalan Presiden 2 Saudari Syahirah Salwa Binti Md Harun akan dipangku oleh Saudari Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin yang berada di Malaysia . Saya juga mewakili seluruh kepimpinan MPPMJ mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang mulia buat seluruh warga MPPMJ yang dikasihi.

Sekian dimaklumkan,

Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah,

MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI

Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ]
SESI 11/12

2 August 2011

BULAN-BULAN YANG DI SAMBUT PENUH DENGAN INTIPATI MEMBINA JIWA MUSLIM


Assalamualaikum

Setinggi-tinggi kita panjatkan kehadrat Allah Azzawajal, pemilik  sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar  kekasihNya, Nabi Muhammad SAW, penghulu segala Nabi dan Rasul kerana masih lagi diberikan peluang mengecapi sebuah ni’mat yang besar iaitu

Jika kita mengimbau  kembali sirah perjuangan Islam di zaman Rasulullah SAW, kita akan menemui uslub yang digunakan oleh baginda  bagi merintis kebangkitan umat Islam ketika itu. Sejarah membuktikan kebangkitan umat Islam adalah dengan kekuatan ukhwah dan penyusunan strategi rapi yang dibina oleh baginda bersama sahabat.

Begitu juga, jika kita melihat kembali kebangkitan Islam akhir-akhir ini selepas baginda dan para sahabat sudah tentu kita akan katakan bahawa Islam itu tidak bangkit dengan sebab seorang individu semata-mata. Bahkan, ia adalah hasil dari sebuah kesatuan yang dibina atas dasar aqidah yang satu dan uhkwah yang mantap. .

 Sabda Rasulullah s.a.w, “Seorang  muslim dengan muslim yang lain diibaratkan seperti sebuah bangunan,menguatkan antara satu sama lain “.


Bersempena dengan kedatangan bulan mulia yang kita sentiasa nantikan iaitu Ramadhan, saya ingin mengajak teman-teman menghayati pada beberapa bulan yang telah diaturkan oleh Allah Azzawajal. Hari-hari kebesaran yang tiba sebagai satu tarbiah bagi umat Islam untuk memantapkan jiwa dan perancangan di masa hadapan. Setiap hari-hari kebesaran Islam yang disambut tersebut jika kita hayati mempunyai intipati yang tersendiri buat umat Islam.

Bulan Ramadhan, bulan mentarbiah jiwa. Puasa yang disyariatkan selama sebulan kepada kita ummat Islam yang mempunyai syarat-syarat dan pantang larang bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Namun,jika kita menghayati tujuannya tidak lain adalah untuk mendidik dan mentarbiah jiwa didalam mengawal hawa nafsu dan menambahkan sifat kehambaan sebagai insan dan akhirnya akan melahirkan jiwa yang bertaqwa. . Ia disebut oleh Allah Azzawajal di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan perkara tersebut terhadap umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu semua menjadi orang-orang yang bertaqwa". (Surah Al-Baqarah : ayat 183)

 Aldilfitri,bulan ketaqwaan dan kemenangan. Ia datang dan disambut pada tanggal 1 Syawal adalah rintitan dari berakhirnya fasa tarbiah Ramadhan selama sebulan,ditambah pula puasa sunat enam yang dituntut pada bulan Syawal ini.Sifat ketaqwaan dan kehambaan yang disemai didalam Ramadhan perlu wujud dalam setiap jiwa umat Islam. umat Islam seumpama kembali kepada asal fitrah kejadian dengan jiwa yang bersih.


Kedatangan Aidiladha pula selepas Aidilfitri adalah bulan yang menuntut pada pengorbanan dari setiap individu umat islam pula yang perlu dipupuk dalam jiwa umat Islam. Perkara ini cukup banyak di ceritakan didalam buku-buku sirah dan jelas dilihat pada kisah yang membuktikan pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta anaknya Nabi Ismail AS yang sanggup meletakkan perintah Allah Azzawajal yang utama berbanding tuntutan peribadi apabila bertembung keduanya.

Selain itu,Nabi Muhammad SAW beserta Sahabat  juga mengajar erti pengorbanan. Ia dapat dilihat pada pristiwa sebelum hijrah,semasa hijrah dan selepas hijrah.Kaum Ansar dididik oleh baginda agar membantu kaum Muhajirin ketika melaksanakan perintah Allah SWT. Jelas sifat pengorbanan yang dibina dalam jiwa kaum Ansar, mereka sanggup menawarkan dan memberikan kepada kaum Muhajirin apa sahaja tuntutan termasuk untuk tinggal bersama-sama, menyumbangkan jiwa dan harta yang ada demi  ingin melihat kalimah 'Lailaha illallah' negara Islam tertegak di bumi Madinah.

Justeru, intipati yang wujud dari kedatangan dan sambutan bulan-bulan kebesaran Islam adalah untuk mentarbiah jiwa dan memupuk sifat kesatuan sesama umat Islam yang mantap. Inilah sifat yang mampu menjadi senjata yang paling gah bagi kebangkitan Islam. Hakikatnya perpecahan dan perbalahan sesama bangsa dan akidah bakal menjadikan jiwa semakin lesu dan terhakis kredibiliti sebagai umat Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...