BERSAMA SAYA

Showing posts with label MPPMJ. Show all posts
Showing posts with label MPPMJ. Show all posts

16 April 2012

USUL STRUKTUR BARU MPMMJ YANG TELAH DIPERSETUJUI

                             
tekan kiri untuk lihat gambar


Fasal 13 : PENTADBIRAN MPMMJ

Pentadbiran MPMMJ dikendalikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi, Badan Koordinator dan Ahli Majlis Eksekutif.

13.1 Ahli Majlis Tertinggi:

i. Presiden 
(siswa) 
ii. Timbalan Presiden 1 
(siswa) 
iii. Timbalan Presiden 2 
(siswi) 
iv. Naib Presiden 1 
(siswa) 
v. Naib Presiden 2 
(siswa) 
vi. Naib Presiden 3 
(siswa) 
vii. Naib Presiden 4 
(siswa) 
viii. Setiausaha Agung 
(siswa) 
ix. Timbalan Setiausaha Agung 
(siswi) 
x. Bendahari Kehormat 
(siswa) 
xi. Timbalan Bendahari Kehormat 
(siswi) 

13.2 Badan Koordinator

i. Ketua Koordinator Syakhsiah Dan Kepimpinan 
(siswa) 
ii. Timbalan Ketua Koordinator Syakhsiah Dan Kepimpinan 
(siswi) 
iii. Ketua Koordinator Akademik Dan Intelektual 
(siswa) 
iv. Timbalan Ketua Koordinator Akademik dan Intelektual 
(siswi) 
v. Ketua Koordinator Ekonomi Dan Keusahawanan 
(siswa) 
vi. Timbalan Ketua Koordinator Ekonomi Dan Keusahawanan 
(siswi) 
vii. Ketua Koordinator Kebajikan Dan Kemasyarakatan 
(siswa) 
viii. Timbalan Ketua Koordinator Kebajikan Dan Kemasyarakatan 
(siswi) 
ix. Ketua Koordinator Penerangan dan Penerbitan 
(siswa) 
x. Timbalan Ketua Koordinator Penerangan Dan Penerbitan 
(siswi) 
xi. Ketua Koordinator Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan 
(siswa) 
xii. Timbalan Ketua Koordinator Sukan Rekreasi Dan Kebudayaan 
(siswi) 

13.3 Ahli Majlis Eksekutif

FASAL 14 : PERJAWATAN

14.1 Ahli Majlis Tertinggi

14.1.1 Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dilakukan melalui pilihanraya yang diadakan setiap tahun pada penghujung sesi pentadbiran dan diumumkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

14.1.2 Hanya 7 jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang akan dipertandingkan iaitu :

i. Presiden (siswa)
ii. Timbalan Presiden 1 (siswa)
iii. Timbalan Presiden 2 (siswi)
iv. Setiausaha Agung 
(siswa) 
v. Timbalan Setiausaha Agung 
(siswi) 
vi. Bendahari Agung 
(siswa) 
vii. Timbalan Bendahari Agung`
(siswi) 

14.1.3 Dipilih dari kalangan Ahli MPMMJ yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Pernah menyandang Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat MPMMJ atau Ahli Badan Pentadbir Persatuan Zon atau Ahli Badan Pentadbir Badan Kebajikan Anak Negeri dalam tempoh dua sesi sebelum sesi semasa atau sedang menyandang jawatan Ahli Badan Pentadbir Persatuan Zon atau Ahli Badan Pentadbir Badan Kebajikan Anak Negeri.

ii. Masih berbaki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengajian di Jordan sewaktu pemilihan dibuat

14.1.4 Tempoh perjawatan Ahli Majlis Tertinggi MPMMJ adalah dua belas bulan (12) daripada tarikh pemilihan rasmi sekalipun tempoh pentadbiran mereka dalam Persatuan Zon atau Badan Kebajikan Anak Negeri telah berakhir.

14.1.5 Naib-Naib Presiden adalah terdiri daripada yang memegang jawatan tertinggi/Ketua Perhubungan zon yang diplih di peringkat Zon masing-masing. Ianya diangkat secara automatik sebagai Naib Presiden dan mewakili Zon masing-masing dalam MPPMJ.

14.1.6 Anggota Ahli Majlis HEWI MPMMJ adalah terdiri daripada jawatan tertinggi diperingkat mahasiswi bagi setiap Zon. Manakala Timbalan Presiden 2 MPMMJ secara automatik akan menjadi Pengerusi HEWI MPMMJ.

14.2 Badan Koordinator

14.2.1 Dilantik oleh Presiden dengan dipersetujui oleh ahli-ahli yang dipilih dan hendaklah terdiri daripada :

i. 12 orang ahli tambahan yang terdiri dari Ketua dan Timb. Ketua Koordinator yang dibentuk.

14.2.2 Selain dari bilangan di atas, Presiden dengan persetujuan ahli-ahli yang dipilih boleh melantik tidak lebih dari 4 orang ahli tambahan dalam bentuk:

i. 2 Koordinator tambahan ATAU;

ii. 4 Pengerusi Kelab atau Jabatan.

14.2.3 Dilantik oleh Majlis Tertinggi dari kalangan ahli MPMMJ yang memenuhi syarat berikut :

i. (14.2.1 (i) telah dipinda dan sudah dimansuhkan) “

i- Pernah menyandang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat MPMMJ atau pernah/sedang menyandang jawatan Ahli Badan Pentadbir Persatuan Zon atau Ahli Badan pentadbir Badan Kebajikan Anak Negeri.”
ii. Masih berbaki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengajian di Jordan

14.3 Ahli Majlis Eksekutif

14.3.1 (Rujuk Fasal 13.3.1)

14.3.2 Tempoh perjawatan Ahli Majlis Eksekutif MPMMJ akan berakhir setelah tamat tempoh pentadbiran mereka dalam Persatuan Zon dan Badan Kebajikan Anak Negeri masing-masing

Fasal 18 BIDANG TUGAS KHUSUS


18.1 Ahli Majlis Tertinggi

18.1.1 Presiden

i. Memimpin MPMMJ dan bertanggungjawab atas kemajuannya.
ii. Mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli Majlis Tertinggi serta bertanggungjawab atas keputusannya.
iii. Mewakili MPMMJ dalam hubungan dalaman dan antarabangsa.
iv. Memberikan arahan untuk mengadakan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli Majlis Tertinggi MPMMJ.
v. Mengeluarkan kenyataan umum kepada ahli dan pihak tertentu.
vi. Berhak menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan dalam memutuskan sebarang masalah yang memerlukan tindakan segera.

18.1.2 Timbalan Presiden I

i. Memangku jawatan Presiden ketika ketiadaannya dan apabila keadaan memerlukan.
ii. Membantu dan bekerjasama dengan Presiden MPMMJ dalam menjalankan tugasnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Presiden, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.1.3 Timbalan Presiden II

i. Bertanggungjawab memimpin dan mengetuai Majlis HEWI MPMMJ.
ii. Membantu Presiden MPMMJ dalam melaksanakan tugas terutama yang berkaitan dengan Hal Ehwal Siswi.
iii. Berhak membuat keputusan mesyuarat bahagian siswi dengan pengetahuan Presiden MPMMJ.
iv. Menjalankan tugas-tugas yang diserahklan oleh Presiden MPMMJ, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.1.4 Naib Presiden

i. Memimpin Zon masing-masing dan bertanggungjawab terhadap kemajuannya.
ii. Membantu menyelaraskan keputusan yang melibatkan antara Zon.
iii. Membantu dan bekerjasama dengan Presiden MPPMJ dalam menjalankan tugasnya.
iv. Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Presiden MPMMJ, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.1.4 Setiausaha Agung

i. Mengendalikan segala urusan kesetiausahaan MPMMJ.
ii. Menyimpan segala dokumen MPMMJ kecuali akaun dan buku-buku kewangan MPPMJ.
iii. Menyempurnakan jemputan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat dan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MPMMJ dengan arahan Presiden.
iv. Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Presiden, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.1.5 Timbalan Setiausaha Agung

i. Memangku jawatan Timbalan Presiden II MPMMJ semasa ketiadaannya.
ii. Bekerjasama dan membantu Setiausaha MPMMJ dalam tugas-tugasnya.
iii. Menyempurnakan urusan surat-menyurat bahagian siswi dengan arahan Timbalan Presiden 2 dengan pengetahuan Presiden MPMMJ.
iv. Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Presiden, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.1.6 Bendahari

i. Bertanggungjawab atas segala urusan kewangan MPMMJ.
ii. Menandatangani dokumen pengeluaran wang bersama Presiden MPMMJ.
iii. Menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan kewangan MPMMJ.
iv. Bertanggungjawab menjaga segala aset MPMMJ.
v. Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Presiden, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.1.7 Timbalan Bendahari

i. Merekod debit kredit kewangan bagi bahagian siswi.
Bekerjasama dan membantu tugas Bendahari MPMMJ.
Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Presiden, Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Majlis Mesyuarat.

18.2 Badan Koordinator

18.2.1 Ketua Koordinator Syakhsiah Dan Kepimpinan

i. Mengetuai Koordinator Syakhsiah Dan Kepimpinan
ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal syakhsiah dan kepimpinan di setiap Zon.
iii. Menyediakan laporan tahunan Koordinator Syakhsiah Dan Kepimpinan.

18.2.2 Ketua Koordinator Akademik Dan Intelektual

i. Mengetuai Koordinator Akademik Dan Intelektual
ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program-program berkaitan dengan pembangunan akademik dan intelektual di setiap Zon.
iii. Menyediakan laporan tahunan Koordinator Akademik Dan Intelektual.

18.2.3 Ketua Koordinator Ekonomi Dan Keusahawanan

i. Mengetuai Koordinator Ekonomi Dan Keusahawanan.
ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelarasakan aktiviti-aktiviti keusahawanan untuk menjana ekonomi di setiap Zon.
iii. Menyediakan laporan tahunan Koordinator Ekonomi Dan Keusahawanan.

18.2.4 Ketua Koordinator Kebajikan Dan Kemasyarakatan

i. Mengetuai Koordinator Kebajikan Dan Kemasyarakatan.
ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan dan kemasyarakatan di setiap Zon.
iii. Menyediakan laporan tahunan Koordinator Kebajikan Dan Kemasyarakatan.

18.2.5 Ketua Koordinator Penerangan Dan Penerbitan

i. Mengetuai Koordinator Penerangan Dan Penerbitan.
ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal penerangan dan penerbitan di setiap Zon.
iii. Menyediakan laporan tahunan Koordinator Penerangan Dan Penerbitan.

18.2.6 Ketua Koordinator Sukan, Rekreasi Dan Kebudayaan

i. Mengetuai Koordinator Sukan, Rekreasi Dan Kebudayaan.
ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal sukan, rekreasi dan kebudayaan.
iii. Menyediakan laporan tahunan Koordinator Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan.

18.2.7 Timbalan-timbalan Ketua Koordinator

i. Membantu dan bekerjasama dengan Ketua Koordinator masing-masing mengendalikan tugas-tugasnya.
ii. Memangku tugas Ketua Koordinator semasa ketiadaannya.


17 September 2011

Ahlan Wasahlan Buat Teman-Teman Baru Seperjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan buat pencipta sekalian Alam, Allah Azzawajal. Selawat dan salam buat junjungan besar  Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwasalam pembawa risalah kebenaran. Kerana kita masih lagi diberikan peluang mengecapi ni’mat-ni’mat yang besar dariNya.

Selamat datang dan tahniah saya ucapkan buat seluruh teman-teman yang telah selamat sampai ke bumi Anbiya’ ini Jordan. Ketahuilah,bahawa kalian sudah berada di sebuah medan jihad yang amat memerlukan strategi dan perancangan yang baik dan kalian sendiri penentu kepada natijah perancangan itu. Jadi, ambillah peluang didalam membuat perancangan dan strategi yang pastinya kita akan dapat melihat natijahnya kelak.

Firman Allah Surah At-Taubah ayat 122.

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Bermaksud : Tidak sepatutnya bagi mu'minin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa setiap dari kita mempunyai fungsi dan tanggung jawab masing-masing yang mesti kita tunaikan. Kita selaku mahasiswa harus mempunyai matlamat yang jelas didalam membuat sesuatu perancangan. Andaikata kita mengambil jurusan agama dan bercita-cita ingin menjadi ustaz dan ustazah pastikan apabila kalian pulang menjadi ustaz dan ustazah biar yang luar biasa yang bukan sekadar membacakan kitab tetapi lebih dari itu dan andaikata kita mengambil jurusan perubatan pastikan kita menjadi doctor yang luar biasa yang bukan hanya mampu memberi ubat jasmani berbentuk pil dan kapsul tetapi dapat juga memberi ubat buat rohani.

Percayalah kalian sentiasa ditunggu-tunggu Buat Daie Yang Bakal Pulang kerana kalian merupakan aset penting kepada masyarakat yang dipinjamkan seketika waktu yang apabila pulangnya kalian kedalam masyarakat mampu memberi senbanyak manfaat serta dapat menterjemahkan ilmu sesuai dengan kehendak masyarakat masakini. Saya menyeru agar sama-sama kita merealisasikan matlamat dan visi Ulama-ulama terdahulu didalam melahirkan pemuda-pemudi yang mampu mencorakkan sesebuah keadaan masyarakat khususnya di tanah air kita Malaysia.

Akhirnya saya ingin akhiri dengan satu ayat yang cukup memberikan kita suatu persoalan adakah kita yang Allah rakamkan didalam Al-Quran sebagai satu golongan yang sedang menunggu untuk menunaikan janji-janjiNya.

Firman Allah Surah Al-Ahzab ayat 23

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

Bermaksud : Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang sedang menunggu-nunggu untuk itu dan mereka tidak merubah (janjinya),

Saya mewakili seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ] mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi Syam ini. Semoga kedatangan kalian menambahkan lagi sinar warna warni kehidupan disini sekali gus menambahkan lagi sejuta harapan didalam meneruskan amanah Islam yang ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam kepada kita.

21 August 2011

PEMANGKU PRESIDEN MPPMJ



Dipangku Oleh


Muhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor [Ketua Biro Pembangunan Minda & Akademik]

+962779623043

Assalamulaikum buat seluruh warga MPPMJ..

Bismillahirahmanirrahim.

Dengan ini, saya Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ] akan  bersama Umrah MPPMJ yang akan bermusafir selama 12 hari yang bermula pada 21 Ogos sehingga 1 September. Sepanjang tarikh ini jawatan Presiden MPPMJ akan di pangku oleh Saudara Muhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor manakala Timbalan Presiden 2 Saudari Syahirah Salwa Binti Md Harun akan dipangku oleh Saudari Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin yang berada di Malaysia . Saya juga mewakili seluruh kepimpinan MPPMJ mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang mulia buat seluruh warga MPPMJ yang dikasihi.

Sekian dimaklumkan,

Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah,

MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI

Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ]
SESI 11/12

19 June 2011

MENGECAM PENYIARAN KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA YANG MEMPUNYAI UNSUR MENGHINA HUKUM JENAYAH DI DALAM ISLAM.


Kartun yang dikeluarkan Utusan boleh mengelirukan masyarakat Malaysia khususnya non muslim mengenai agama Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia [GAMIS , Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Syria [PPMS] & Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ]  mewakili suara seluruh mahasiswa Malaysia yang berada di segenap dunia mendesak agar kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka atas penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.



Bahkan penyiaran tersebut telah mengguris hati seluruh masyarakat Islam Malaysia kerana agama Islam yang suci ini dikarutkan dengan karikatur yang tidak sepatutnya.


Penyiaran karikatur tersebut mengundang kekeliruan ke dalam masyarakat awam dengan senario kes yang dipampang.


Secara tidak langsung, menggambarkan hukum jenayah dalam Islam begitu kolot bahkan seakan-akan "kuno" dalam menjaga keselamatan manusia amnya.


Kesan buruk yang mungkin akan timbul adalah undang-undang berkaitan jenayah Islam akan diragui terutama yang melibatkan hudud.


Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ memandang penyiaran karikatur ini bukan hanya boleh merosakkan akidah kartunis, pihak penyiaran surat khabar bahkan masyarakat awam yang tidak mengerti dengan mendalam akan selok belok agama Islam apatah lagi masyarakat non muslim akan memandang serong terhadap hukum jenayah di dalam Islam.


Sehubungan itu, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mempersoalkan kredebiliti Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi kerajaan dalam isu penerangan.
PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mengutuk kredebiliti Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur tersebut. Bahkan sebelum ini pihak Utusan Malaysia juga menimbulkan kemarahan masyarakat dalam mempersoalkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam apabila mendatang isu berkaitan "Kristian Agama Rasmi" sekiranya DAP memerintah negara Malaysia.


Jelas, pihak Utusan Malaysia sudah tidak berkredebiliti dalam menjalankan tugas dalam memberikan keterangan maklumat serta berita kepada msyarakat.


Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mendesak pihak yang selayaknya memberikan tindakan yang sewajarnya kepada pihak Utusan Malaysia serta 'rebranding' semula struktur jawatankuasa yang terdapat di dalam pihak Utusan Malaysia sebelum surat khabar Utusan Malaysia 'didenda' oleh rakyat.


Secara jelas dalam isu karikatur ini, 3 kesalahan yang dipandang oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ :
- karikatur menghina hukum Islam
- penyiaran karikatur mengelirukan masyarakat awam
- imej buruk kredebiliti pihak Utusan sebagai media penerangan
Justeru, 3 tuntutan yang diletakkan oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ iaitu :
- kartunis serta pihak Utusan minta maaf secara terbuka
- kartunis serta pihak Utusan bertaubat serta berjanji secara umum tidak akan melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama
- Surat khabar Utusan Malaysia mesti dikenakan tindakan bagi memulihkan semula kredebiliti pihak Utusan


Muhamad Zuhaili bin Saiman
Presiden PMRAM
Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan
Presiden GAMIS
Muhammad Hazuanuddin bin Sofuan
Presiden PPMS
Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Presiden MPPMJ

26 May 2011

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ) SESI 2011-2012


BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)
SESI 2011-2012

AHLI MAJLIS TERTINGGI (AMT)

PRESIDEN
Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Universiti Mu’tah Tahun 3
+962779216790
+0962785711726
husin_syria@yahoo.com.my

TIMBALAN PRESIDEN I
Mohd Arif Azfar Bin Md Ashaari
Universiti Al Al-Bayt Tahun 4
+962779799663
sufie_boy@yahoo.com

TIMBALAN PRESIDEN II
Syahirah Salwa Binti Md Harun
Universiti Al Al-Bayt Tahun 3
+9627796573509
rumputkapet_88@yahoo.com

SETIAUSAHA AGUNG
Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962776965021
syakir_mtaq@yahoo.com

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Umme-Ayman Binti Ayub
Universiti Urduniyyah Tahun 2
+962775308917
umme_syahadah91@yahoo.com

BENDAHARI KEHORMAT
Abdul Rahman Bin Mohd Sha’ary
Universiti Yarmouk Tahun 3
+962776515082
scorman90@yahoo.com

TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT
Anisatul Qalbi Bin Mohd Sofiyuddin
Universiti Yarmouk Tahun 3
+962776512637
pelita_seeker@yahoo.com

AHLI BADAN PENGURUS (BP)

PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN MINDA & AKADEMIK
Muhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor
Jordan University Of Science & Technology (Medic) Tahun 3
+962779623043
koklanas90@yahoo.com

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN MINDA & AKADEMIK
Ainaa Nadia Binti Ab. Rahman
Jordan University Of Science & Technology (Dentist) Tahun 2
+962777714370
ainaa_nadia0909@yahoo.com

PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI
Muhammad Fadzil Athif Bin Khairuddin
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962786715233
ibnukhai_ordon@yahoo.com


TIMBALAN PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI
Siti Hajar Binti Mohamad
Universiti Al Al-Bayt Tahun 1
+962779465562 begin_of_the_skype_highlighting            +962779465562      end_of_the_skype_highlighting
teratak_asrar@yahoo.com

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN MINDA DAN AKADEMIK
Kazimah Binti Kadai
Universiti Al Al-Bayt Tahun 3
+962776573506
wafa_1609@yahoo.com

PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN SUKAN
Nazmi ‘Afifi Bin Mohammad Nor
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962776253779
kidz_muffia04@yahoo.co.uk

TIMBALAN PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN SUKAN
Norzuriana Binti Abu Zarim
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962786955206
zureen_ana91@yahoo.com.my

PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
Ahmad Muhammad Syamil Bin Shuhardi
Jordan University Of Science & Technology (Medic) Tahun 3
+962779669813
syamil_capt@yahoo.com.my

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
Putri Nur Azwa Binti Haji Megat Mohd Yusuf
Universiti Al Al-Bayt Tahun 3
+962775236118
yasminasrar@gmail.com

9 May 2011

KITA SEMUA ADALAH MPPMJ

        منَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ                وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً                                     

Bermaksud: Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang membenarkan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesaikan(janji). Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka itu tidak  pula merubah (janjinya),

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Azzawajal, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah alaihi wasallam diatas nikmat-nikmat yang sangat besar yang telah diberikan sehingga ke saat ini.

Selesai sudah Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) kali ke 11 yang diadakan di Mu’tah pada tanggal 7 Mei yang melibatkan seluruh kepimpinan pelajar Malaysia di Jordan ini. MPPMJ adalah merupakan sebuah Persatuan pelajar induk di Jordan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan yang telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kami untuk terus memacu MPPMJ pada sesi ini. Namun begitu, kami sentiasa mengharapkan doa serta sokongan dan menantikan nasihat dari kalian didalam usaha merelevankan MPPMJ dikalangan ahli agar dapat melihat bersama MPPMJ terus maju kehadapan seterusnya mencapai Visinya ‘Kearah Memartabatkan MPPMJ Ke Peringkat Antarabangsa’. Semoga Allah merahmati kalian.

Ucaptama selepas menggalas sebuah amanah yang besar

Amanah yang kami galas ini sangatlah berat bagi kami. Ingin saya ingatkan buat diri saya dan teman-teman seperjuangan sekalian:

Ucapan Saidina Abu Bakar As-siddiq selepas mula-mula dilantik menjadi khalifah

أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني                 إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة        

Bermaksud: wahai manusia.! Sesungguhnya aku telah dilantik untuk kamu, dan aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu, sekiranya aku benar, bantulah aku. Dan sekiranya aku salah, betulkan aku. Benar itu amanah dan menipu itu khianat.

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm        

أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.

Bermaksud : “Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwasalam merupakan sebaik-baik ikutan. Beliau diutuskan oleh Allah Azzawajal ke muka bumi ini sebagai utusan dariNYA yang membawa manusia dari kebatilan kepada kebenaran. Namum begitu, beliau tetap mempunyai tulang-tulang belakang yang sentiasa mendokong dan membantu menguatkan beliau didalam meneruskan perjuangan kebenaran. Beliau mempunyai Saidatina Khadijah yang sentiasa mendampingi dan menenangkan beliau, beliau mempunyai Saidina Abu Bakar Assiddiq yang sentiasa membantu dan membenarkan berita-berita darinya, beliau juga mempunyai Saidina Umar Al-Hattab yang gagah perkasa yang sentiasa memberi  jiwanya didalam perjuangan islam begitu juga dengan Saidina Osman, Saidina Ali dan seluruh para sahabat yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain didalam perjuangan yang kita dapat kecapi sehingga ke hari ini.

Barisan Majlis Tertinggi Syabab MT

Majlis Tertinggi Akhowat MT

Buat teman kepimpinan sesi ini Shahirah Salwa Binti Md Harun , Mohd Arif Azfar Bin Md Ashari, Ahmad Syakir Bin Nassuruddin, Abdul Rahman Bin Mohd Sya’ari, Umme Ayman Binti Ayub, Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin dan seluruh kepimpinan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bakal bersama sesi ini, kalian semua adalah merupakan tulang belakang kepada MPPMJ yang akan sentiasa saling lengkap melengkapi. Saya yakin dan percaya kalian adalah yang terbaik yang sentiasa akan bersama didalam memacu MPPMJ mencapai visi dan misi kali ini sekali gus menggapai keredhaan Allah pemilik sekalian Alam.

Semoga Amanah Kepimpinan ini bukanlah dianggap satu bebanan ataupun kemuliaan tetapi ia perlulah dianggap suatu tarbiah dan peluang buat kita memperbaiki jati diri sebagai seorang daie yang mewarisi mata rantai perjuangan Rasullullah Sallallahu Alaihissalam.

20 April 2011

BUAT DAIE YANG BAKAL PULANG

Menanti seorang ustaz ustazah yang boleh bersama masayrakat di kampung

Sudah lama menyimpan niat untuk menulis tajuk ini, Alhamdulillah diberikan peluang keringanan jari-jari untuk menaip tajuk ini. Pulang bercuti  semester lepas, perkongsian bersama ahli jamaah masjid semasa pulang bercuti  baru ini amat bermakna dan  amat memberi pengajaran buat diri yang serba dhaif ini. Semoga pengalaman ini bermanfaat bersama.

Singgah di sebuah kedai kopi yang terletak tidak jauh dari teratap buruk saya, mengingatkan kembali enam tahun lalu  yang menjadi tempat persinggahan saya dan ayah sebelum keluar ke pasar borong untuk mencari barang-barang keperluan berniaga. Disitulah banyak kenangan yang mengajar saya cara bergaul dan mengambil hati orang-orang yang agak lama. Sedang dilamun cerita dulu, bahu saya di cuit.

‘Ustaz apa khabar? tidak kemana  hari ini ustaz? Mai la duduk minum dengan pakcik sekali’. Pelawa  seorang pelanggan kedai kopi tersebut yang  juga merupakan salah seorang ahli jamaah masjid yang berdekatan disitu. ‘Ah..!! Kali ini aku tidak dapat mengelak lagi’ bermonolog sendirian walaupun sebelum ini dapat mengelak setelah beberapa kali dipelawa . Pesanan yang sama seperti enam tahun dulu Nescafe panas dan Nasi Lemak Sotong  sudahpun dibuat. ‘Segan rasa pakcik panggil saya ustaz’, luahan hati kecil saya kepada pakcik. ‘Segan apa.? Mengaji dekat Jordan ustaz la tu’ balas pakcik kepada luahan saya tadi sambil tersenyum.

Sementara menunggu santapan yang dipesan tiba dimeja. Pakcik memulakan perbualan dengan pertanyaan demi pertanyaan kepada saya dan kebanyakan persoalan berbentuk pandangan. ‘Aduh.! Mencabarnya soalan, kat Jordan tak nak belajar betul-betul. Mujurlah balik bercuti bukan balik sebagai seorang graduit lagi’. Hati saya terus berbisik.  Terasa diri ini semakin kurang dan sangat kerdil dengan persoalan-persoalan yang keluar dari mulut pakcik. Saya cuba menjawab dan cuba menghuraikan satu persatu soalan yang di ajukan pada saya. ‘wallahualam’. Kata-kata ku setelah selesai menjawab soalan yang agak menguji tadi dengan harapan ianya tidak memesongkan.Habis dari soalan, saya memulakan dialog dengan soalan kepada pakcik.

‘Apa pandangan pakcik terhadap anak-anak kampung kita yang ramai dan telah menamatkan pengajian mereka di dalam bidang agama khususnya’. Saya bertanya seolah-olah ingin tahu apa yang akan keluar dari mulut pakcik dengan mengharapkan jawapan yang benar  dari hati. Perbualan terhenti seketika dengan kedua kami memandang kepada pembantu kedai yang membawa hidangan yang dipesan sebentar tadi.

‘Ustaz, sebenarnya persoalan ustaz memang da lama ada jawapannya, banyak kali cuba untuk berkongsi tapi tidak kesampaian’.  Terasa hairan dan tertanya-tanya apabila mendengar kata-kata pakcik. ‘Kalau pakcik tidak keberatan teringin sangat nak berkongsi mendengar pandangan pakcik’. Saya meneruskan pertanyaan menunjukkan kesungguhan ingin tahu.

‘Ustaz, kalau kita kira-kira lah, anak-anak kampung kita yang belajar diluar Negara dan sudahpun tamat dengan segulung ijazah hampir belasan orang’.  Saya mengangguk menandakan setuju. ‘Tapi pakcik sedikit tertanya-tanya kemanakah mereka yang selama ini kami menanti-nantikan kepulangan mereka yang suatu ketika dahulu kami menharapkan merekalah tempat rujukan kami untuk bertanyakan hukum-hakam dan tempat  berkongsikan masalah. 

Terkadang hati ini di ganggu syaitan dengan teringatkan berapa banyak duit yang telah dilaburkan untuk anak-anak kampung ini yang ingin belajar agama diluar. Bukan apa kadang-kadang kami orang-orang tua ni teringin sangat untuk duduk bersama  anak-anak muda seperti ustaz, anak-anak kami tidak ada yang jadi ustaz ustazah, kami pula dulu tidak berpeluang nak mengaji agama seperti sekarang’. Luahan hati pakcik membuatkan saya mula rasa sebak.

sekadar hiasan

‘ Alhamdulillah suka dapat menjadi ma’mum kepada anak-anak kampung sendiri.  Tapi bagi kami kan lebih elok kalau selepas solat anak-anak yang mengimamkan kami dapat memberikan sedikit masa bersama jemaah yang lain tambahan pula macam kami yang separuh abad ini, terkadang sedikit hairan melihat ustaz-ustaz yang selesai solatnya terus menuju ke pintu dan bergegas pulang ke rumah masing-masing siang harinya sibuk dengan mengajar disekolah, hari minggunya sibuk dengan keluarganya dan mereka lebih banyak masa diluangkan dengan sesama mereka, itu belum yang dihantar ke luar lagi, kalau nak jumpa di kedai kopi mungkin agak kurang sesuai untuk ustaz-ustaz  duduk bersembang dengan ahli jemaah di sini’. Sambil tersenyum pandangan serta sindiran berbentuk gurauan mula  diberikan. ‘Mungkin mereka sibuk kot pakcik. Insyaallah nanti adalah ustaz-ustaz yang mesra rakyat tu’. Saya cuba memujuk pakcik dengan sedikit gurauan. ‘Bila tu.? Takpa pakcik tunggu ?’. Sambil tersenyum pakcik membalas  gurauan ku tadi.

’ Minta jasa baik ustaz lah wakil kami untuk sampaikan pada sahabat-sahabat yang masih belum bergelar graduan untuk lebih bersedia bersama masyarakat pulang nanti. Apa yang penting boleh duduk bersama masyarakat’. Cadangan yang diberikan dengan terselah seribu pengharapan diwajah tuanya.


Perbualan saya bersama pakcik di kedai kopi tadi membuatkan saya berfikir sepanjang hari yang sebelum ini tidak pernah terdetik lansung untuk fikirkan perkara seumpama ini. ‘ Betul ke apa yang pakcik tu cakapkan. Tak kan teman-teman saya yang sudahpun tamat pengajian bersikap sedemikian atau benar belaka apa yang pakcik tu luahkan’. Suara hati kecilku meronta-ronta bertanya.
Bagi saya ini merupakan perkara baru yang perlu saya sampaikan tambahan pula ia pesanan dari salah seorag ahli jamaah dan saya menganggap ianya adalah satu amanah buat saya.

Semoga pulang dengan pengharapan

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ
ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".[al-Nahl:125]

Ayat di atas jelas menunjukkan kita bahawa didalam menyampaikan dakwah tidak dapat tidak mestilah mengikut seperti yang disebut ‘ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِdan cara kita bersama dengan masyarakat setempat juga termasuk didalam apa yang disebut dengan hikmah dan pelajaran yang baik.

Selaku mahasiswa seharusnya kita cakna dengan perkara-perkara seumpama ini walaupun ada yang menganggap ianya agak remeh yang bukan hanya sekadar ghairah ingin menghabiskan silibus pengajian tetapi peka dengan isu-isu semasa dan kehendak masyarakat setempat khususnya. Terkadang ada golongan yang bergelar mahasiswa ini terlalu ghairah menghabiskan silibus pengajian university dan pulang ke tanah air dengan mengeluarkan fatwa-fatwa tanpa memahami kesesuaian masyarakat setempat ‘syok sendiri’ yang akan menyebabkan banyak kekeliruan dan mungkin menyebabkan perpecahan berlaku di kalangan masyarakat yang juga akan menyebabkan masyarakat semakin jauh dengan golongan-golongan Ustaz Ustazah.

‘alah…benda-benda remeh macam tu tak perlu belajar nanti balik pandaila tu’, ‘Masa belajar kita belajar jela jangan fikir benda-benda remah macam tu’. Inilah antara jawapan-jawapan yang selalu diberi apabila disarankan mengenai kepentingan softskill yang perlu ada oleh setiap mahasiswa khususnya yang berkelulusan agama di dalam bersama masyarakat.

“Melahirkan Mahasiswa yang mempunyai shaksiah yang tinggi dan mampu menterjemah ilmu bertepatan dengan kehendak masyarakat masakini” Ayuh.! Teman-teman kita bersama menyahut dasar PERMATA ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...