Barisan Artis yang dijemput bersama Ustaz Azhar di dalam program Sambutan Tahun Baru
Walaupun sudah 10 hari sambutan tahun baru berlalu. Namun, masih ada lagi yang bertanya dan menimbulkan persoalan terhadap Program Sambutan Tahun Baru yang di anjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor yang menjemput beberapa orang dari kalangan artis tanah air dan ustaz Azhar Idrus.
Apa yang menjadi persoalan pada program malam itu, adalah berkaitan dengan alat muzik yang dimainkan oleh ustaz Azhar Idrus bersama raja lawak Zizan. Sehingga sekarang, masih lagi diperkatakan oleh segelintir “manusia” mengenai hukum ada juga yang menyebarkan gambar di laman maya dengan menyamakan ustaz Azhar dengan tokoh agama lain. Inilah penyakit ummat masakini yang akan mengundang timbulnya kekeliruan didalam masyarakat. Semoga Allah memberikan petunjuk pada kita semua.
Saya secara peribadinya, tertanya-tanya mengapa perkara sebegini boleh dijadikan isu. Kita selaku orang yang ingin melihat Islam tertegak dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Seharusnya, berjiwa besar serta memberi sokongan kepada program-program seumpama ini dan berlapang dada didalam masalah khilafiah khususnya dikalangan penuntut ilmu.
Islam Itu Rahmat
Ramai dikalangan kita yang menimbulkan persoalan sepatutnya Islam itu yang harus diikuti oleh peredaran zaman, dan bukan islam yang perlu mengikuti zaman. Ya, saya setuju dengan persoalan itu. Namun, perlu diigat bahawa Islam itu bukan agama yang melarang dan menyekat. Tetapi ia agama fitrah yang diwahyukan untuk membawa rahmat di sekalian alam. Islam itu juga agama yang datangnya adalah untuk memandu fitrah kearah yang terbaik dan diredhoi olehNya.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah menunjukkan teladan yang terbaik, banyak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a menceritakan bagaimana Nabi berhadapan dengan perkara-perkara yang telah menjadi adat dan budaya masyarakat arab ketika itu. Nabi mengambil pendekatan mencantikkan dari mencantas budaya dan adat masyarakat setempat baik pada syairnya, lagu-lagunya, muziknya, tariannya dan sebagainya. Pendekatan yang terbaik oleh Nabi harus dijadikan teladan buat kita selaku da’ei yang bakal pulang kelak. Tidak dapat tidak antara sifat Da’ie itu adalah dengan memahami waqi’. Baca disini BUAT DA'IE YANG BAKAL PULANG
Islam itu agama yang berkembang dan sentiasa bersifat fleksibiliti dalam apa jua zaman itulah yang perlu para da'ei fahamkan agar semua lapisan masyarakat dapat menerima Islam itu dengan tenang dan senag agar ia tidak dilihat jumud di kaca mata masyarat samada dikalagan orang-orang islam sendiri mahupun yang bukan islam.
Ikon anak muda, Ustaz Azhar yang mampu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, walauapa latar belakangnya yang berbeza
Ustaz Azhar
Saya mula mengenali susuk tubuh beliau pada akhir tahun 2008, yang ketika itu hanya mendengar melalui piring-piring CD yang dijual di kaki lima masjid pasar jumaat. Pendekatan beliau yang sangat disenangi oleh semua lapisan masyarakat baik dari kanak-kanak, anak-anak muda sehinggalah ke golongan orang lama menjadikan beliau makin dikenali ramai tambahan pula beliau mengekalkan identitinya sebagai anak jati Terengganu didalma penyampaianya. Kini, hampir seluruh Negara menjemput beliau untuk memberikan kuliah agama yang turut dihadiri oleh anak-anak muda. Ini suatu kejayaan buat da’ie seperti kita semua.
Namun, baru-baru ini yang menjadi isu oleh segelintir “manusia” yang kurang senang dengan beliau yang kononya telah menyalahi syara’ pada program yang diadakan di Shah Alam Selangor bersempena menyambut tahun baru 2012 baru-baru ini. Rintitan dari itu, ada juga segelintir dari mereka yang mempersoalkan kelulusan beliau, ada yang menyamakan beliau dengan tokoh agama lain dan yang paling sedih beliau didakwa membawa ajaran sesat.
Sungguh kotor sifat manusia ini, yang tergamak menyamakan kedua tokoh ini.
Bagi saya sangat tidak adil jika dakwaan sekotor itu, dicalitkan pada beliau. Mengapa terlalu keras didalam perkara khilafiah, mengapa gelaran-gelaran yang sangat kotor dicalitkan pada beliau. Tapi, mengapa tidak melihat pada kejayaan beliau yang mampu menarik anak-anak muda masakini yang semakin hari semakin liar didalam dunia hiburan dan sosial.
Ada juga yang berhujjah dengan satu kaedah fiqh “ Matlamat tidak menghalalkan cara”. Ya memang ada kaedah ini didalam fiqh. Namun, perlu dilihat perkara ini (muzik) adalah khilafiah dikalangan ulama’ dan ia bukan perkara yang qat’ie. Kaedah ini terpakai pada perkara-perkara yang qat’ie pada pengharamannya oleh nas. Seperti berzina dan membunuh, walau bagaimana sekalipun keadaan ia tetap haram.
70 000 orang dapat dikumpulkan dari pelbagai latar belakang yang mewarnai dataran Merdeka Shah Alam, bukanlah untuk mendengar nyayian dari Justin Biebir atau Mary J. Blige, tetapi untuk bersama mendengar kuliah dan hiburan yang dipandu Islam. Ini suatu perkara yang baik dan harus kita banggakan. Saya katakan bahawa pendekatan beliau adalah antara yang terbaik didalam memenangi hati masyarakat masakini. Baca disini KENAPA HIBURAN
Kehadiran yang mencecah 7000orang di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.
Ribuan yang turut hadir pada kuliah Ustaz Azhar, di Masjid Shah Alam pada 24 Julai 2011
70 000 yang hadir pada program sambutan Tahun Baru 2012 yang dianjurkan pada 31 Disember 2011 di Dataran Merdeka Shah Alam.
Hari ini, Islam dilihat jumud dan tidak sesuai pada zaman ini adalah dek kerana adanya golongan-golongan yang tidak meraikan keadaan masyarakat setempat dan terlalu keras didalam berhukum seolah-olah tidak menerima Islam itu agama yang berkembang dan sesuai didalam semua keadaan dan tempat. Ambillah pendekatan mencantikkan dari menghalang dan mencantas sesuatu perkara, sepertimana yang telah diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w
Kita harus berjiwa besar didalam usaha merealisasikan Islam sebagai sebuah agama wahyu yang membawa rahmah untuk semua dan bukan agama yang hanya untuk beberapa kelompok. Saya terus menanti, semoga Islam dapat diterima oleh semua suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment