BERSAMA SAYA

24 March 2012

PERKONGSIAN : KERTAS KERJA KURSUS PENYEMBELIHAN 1



KERTAS KERJA
KURSUS PENYEMBELIHAN
MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI
MU'TAH UNIVERSITY
SEMBELIHAN
PENDAHULUAN

Tuntutan mendapat makanan yang halal sewajibnya menjadi salah satu tumpuan penting setiap individu muslim di seluruh dunia kerana ia merupakan salah satu perintah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya.

Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.

Pengetahuan yang tepat dan jelas mengenai kaedah-kaedah penyembelihan yang mengikut lunas-lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor-faktor kesihatan.

MAKSUD SEMBELIHAN


Istilah Syara’ :



Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah.


Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.


Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. 

HUKUM SEMBELIHAN

Hukum sembelihan adalah WAJIB supaya binatang itu halal dimakan.

Manakala binatang yang disembelih tidak mengikut hukum Syara’ ia diistilahkan sebagai bangkai dan najis serta HARAM dimakan.


DALIL SEMBELIHAN

Firman Allah SWT : “ makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayat-Nya” Al-Anam:18

Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan”. Al-Anam : 121

Sabda Rasulullah SAW : “ sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokanlah cara penyembelihanya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah peyembelihan itu”


RUKUN SEMBELIHAN

A ) PENYEMBELIH :

1. ISLAM samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayiz ( perempuan-makruh )
2. AHLI KITAB Yahudi atau Nasrani.
3. BERAKAL – Berfikiran waras.
4. Tidak dalam Ihram Haji.


B ) BINATANG YANG DISEMBELIH.

1. Haiwan yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang yang memakanya seperti ayam, itik, lembu, kambing dan sebagainya.

2. Haiwan masih hidup ketika disembelih.


C ) ALAT PENYEMBELIH

1. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.

2. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.


D ) TEMPAT YANG DISEMBELIH

1. Memutuskan HALKUM : trakea ( tempat saluran pernafasan ) dan urat MARIH : esophagus ( saluran makanan dan minuman ) serta kedua-dua urat leher bagi binatang yang mudah diselenggarakan.

2. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti buruan dan dalam keadaan darurah ia boleh disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk mematikanya dengan syarat niat menyembelih.


SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

1. Sembelihan wajib dilakukan oleh orang islam.

2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.

3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.

4. Binatang itu adalah dari jenis yang halal dimakan.

5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.

6. Putus halkum dan urat marih dengan sebab sembelihan.

7. Mati dengan sekali sembelihan.

8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.

9. Tidak dilakukan dalam ihram ( binatang buruan darat )




PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

1. Membaca “ Bismillahiraohmanirohim”

2. Menghadapkan binatang kearah kiblat.

3. Membaca Selawat ke atas Nabi.

4. Memutuskan dua urat cari kiri dan kanan supaya cepat mati.

5. Menggunakan pisau yang tajam.

6. Binatang itu dibaringkan ke atas rusuk kiri.

7. Melakukan penyembelihan dengan segera.

8. Bersih & suci dari hadas kecil / besar.


MAKRUH SEMBELIHAN

i. Mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.

ii. menyembelih hingga terputus kepala ( saraf tunjang )

iv. Sembelihan dilakukan oleh orang fasik

v. Berhadas besar semasa menyembelih.

vi. Menyiksa haiwan yang akan disembelih.( Haram jika berlebihan )

vii. Alat penyembelih yang tumpul.

viii. Tidak mencuci alat sembelihan terlebih dahulu sebelum sembelihan seterusnya.



HIKMAH PENYEMBELIHAN HALAL

a. Membezakan di antara orang islam & orang kafir dalam perkara mematikan haiwan.

b. Membezakan daging yang Halal & Haram dimakan oleh orang islam.

c. Supaya darah cepat mengalir keluar.

d. Sebagai memohon keizinan Allah s.w.t. kerana haiwan & manusia adalah makhlukNya yang bernyawa,


KEADAAN SEMBELIHAN

Ia terbahagi kepada dua bahagian :


i. Binatang yang mudah disembelih.

ii. Binatang yang sukar untuk disembelih.


MENYEMBELIH HAIWAN YANG MUDAH DISELENGGARA.

1. Bagi haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau atau yang seumpamanya yang mudah direbahkan maka hendaklah disembelih pada lehernya dengan memutuskan halqum dan marihnya serta urat-urat kecil yang berada dikiri dan kanan lehernya dengan menyembelih serong kekepalanya agar haiwan itu segera matinya.

2. Manakala bagi haiwan ternakan yang berleher panjang ia hendaklah disembelih di pangkal lehernya untuk mempercepatkan mati seperti unta, itik dan kasawari dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...