Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah. – Mursyidul Am ikhwanul muslimin As-syahid Imam Hassan Al-Banna
Selepas berlakunya revolusi di Mesir, kubur As-syahid Hassan Al Banna di baiki kembali, begitu juga dengan buku-buku karangannya lebih mudah didapati dimana-mana kedai buku di Kaherah Mesir jika dibandingkan dengan sebelum berlakunya Revolusi.
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna buat semua khususnya yang sedang berjuang dan bakal berjuang:
قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.
أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.
2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.
اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.
لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.
4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.
لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.
6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.
لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8 ) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.
تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.
9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.
الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها
10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
No comments:
Post a Comment