BERSAMA SAYA

17 September 2011

Ahlan Wasahlan Buat Teman-Teman Baru Seperjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan buat pencipta sekalian Alam, Allah Azzawajal. Selawat dan salam buat junjungan besar  Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwasalam pembawa risalah kebenaran. Kerana kita masih lagi diberikan peluang mengecapi ni’mat-ni’mat yang besar dariNya.

Selamat datang dan tahniah saya ucapkan buat seluruh teman-teman yang telah selamat sampai ke bumi Anbiya’ ini Jordan. Ketahuilah,bahawa kalian sudah berada di sebuah medan jihad yang amat memerlukan strategi dan perancangan yang baik dan kalian sendiri penentu kepada natijah perancangan itu. Jadi, ambillah peluang didalam membuat perancangan dan strategi yang pastinya kita akan dapat melihat natijahnya kelak.

Firman Allah Surah At-Taubah ayat 122.

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Bermaksud : Tidak sepatutnya bagi mu'minin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa setiap dari kita mempunyai fungsi dan tanggung jawab masing-masing yang mesti kita tunaikan. Kita selaku mahasiswa harus mempunyai matlamat yang jelas didalam membuat sesuatu perancangan. Andaikata kita mengambil jurusan agama dan bercita-cita ingin menjadi ustaz dan ustazah pastikan apabila kalian pulang menjadi ustaz dan ustazah biar yang luar biasa yang bukan sekadar membacakan kitab tetapi lebih dari itu dan andaikata kita mengambil jurusan perubatan pastikan kita menjadi doctor yang luar biasa yang bukan hanya mampu memberi ubat jasmani berbentuk pil dan kapsul tetapi dapat juga memberi ubat buat rohani.

Percayalah kalian sentiasa ditunggu-tunggu Buat Daie Yang Bakal Pulang kerana kalian merupakan aset penting kepada masyarakat yang dipinjamkan seketika waktu yang apabila pulangnya kalian kedalam masyarakat mampu memberi senbanyak manfaat serta dapat menterjemahkan ilmu sesuai dengan kehendak masyarakat masakini. Saya menyeru agar sama-sama kita merealisasikan matlamat dan visi Ulama-ulama terdahulu didalam melahirkan pemuda-pemudi yang mampu mencorakkan sesebuah keadaan masyarakat khususnya di tanah air kita Malaysia.

Akhirnya saya ingin akhiri dengan satu ayat yang cukup memberikan kita suatu persoalan adakah kita yang Allah rakamkan didalam Al-Quran sebagai satu golongan yang sedang menunggu untuk menunaikan janji-janjiNya.

Firman Allah Surah Al-Ahzab ayat 23

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

Bermaksud : Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang sedang menunggu-nunggu untuk itu dan mereka tidak merubah (janjinya),

Saya mewakili seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ] mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi Syam ini. Semoga kedatangan kalian menambahkan lagi sinar warna warni kehidupan disini sekali gus menambahkan lagi sejuta harapan didalam meneruskan amanah Islam yang ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam kepada kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...