Telefon bimbit ku berbunyi. ‘ Assalamulaikum, ana shahid ni. Ana ingin maklumkan yang kemungkinan besar ana dan beberapa sahabat yang lain tidak dapat pulang dalam masa terdekat, kerana rusuhan yang berlaku di Bandar Qaherah semakin merunsingkan dan telah pun keluar perintah berkurung’ tidak sempat untuk bertanyakan keadaan disana perbualan terputus. Panggilan dari Shahid Azim mewakili sahabat-sahabat yang lain, beliau juga merupakan Setiausaha agung PERMATA sesi 10/11. Semoga Allah memelihara kalian.
Rusuhan yang berlaku di Mesir merupakan rentetan rusuhan yang berlaku di Tunisia dan ia merupakan faktor besar didalam tercetusnya rusuhan di Mesir. Di Tunisia rusuhan yang berlaku adalah bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Kuku Besi Ben Ali dan juga isterinya Leila Trabelsi yang telah banyak menghabiskan wang Negara. Rusuhan di Tunisia Berjaya menggulingkan pemerintahan kuku besi Ben Ali. Penganalisis Politik dunia telah meramalkan faktor yang sama berlaku ke atas Mesir yang berada di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.
Sistem pemerintahan Mesir dibawah rejim Hosni Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihanraya, rakyat mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana.
Kini kesabaran sudah sampai waktunya. Kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demontrasi untuk tuntutan bagi mengembalikan pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu didalam Mesir.
Kini kesabaran sudah sampai waktunya. Kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demontrasi untuk tuntutan bagi mengembalikan pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu didalam Mesir.
Sehingga kini rusuhan ini dikatakan sebagai menuntut kerajaan yang lebih baik dan adil berbanding Presiden Hosni Mubarak dikatakan pemerintahan kuku Besi yang telah banyak menindas rakyatnya selama 30 tahun lamanya. Al-Jazeera menganggarkan bahawa lebih 40 juta daripada 88 juta rakyatnya hidup dalam kemiskinan. Kadar pengangguran juga yang tinggi dan juga mengkambing hitamkan pihak berkuasa seperti polis dan askar untuk membataskan pergerakan rakyatnya. Sehingga kini dilaporkan hampir ratusan yang terkorban termasuk anggota keselamatan dan orang awam dalam rusuhan ini sejak hari pertama revolusi ini dilancarkan.Rusuhan dikatakan semakin hebat apabila Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan rakyat bercakap tentang perubahan rejim.
"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.
Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru pembentukan sebuah kerajaan peralihan baru supaya satu pilihan raya adil dapat dilaksanakan.
ElBaradei berkata, beliau juga mungkin bertanding pada pilihan raya Presiden sekiranya perubahan Perlembagaan dilakukan.
"Saya hormatkan Suleiman dan Shafiq tetapi menggantikan individu tertentu tidak cukup.
"Saya mahu Mubarak dan rejimnya meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu yang terbaik bagi Mesir dan mereka," katanya.
Reformis Mesir itu menegaskan tindakan kerajaan yang cuba menidakkan kemahuan orang awam hanya akan memburukkan lagi keselamatan negara dan Mubarak perlu dipertanggungjawabkan di atas keadaan itu.
"Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang.
Sumber utusan Malaysia
Maklumat terbaru juga Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia. Pelajar Malaysia di Mesir juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan situasi ini. Perintah berkurung telah diberi kepada seluruh warga yang berada di Bandar-bandar yang menjadi tumpuan utama rusuhan. Terbaru, laman web twitter dan facebook telah disekat penggunaannya. Akses untuk memasuki kedua-dua laman web ini terputus. Diramalkan mungkin penggunaan internet dan juga telefon disekat untuk suatu tempoh tertentu. Namun setakat ini penggunaan telefon masih dibuka penggunaannya.
Semoga teman-teman dapat bersama mendoakan agar saudara dan sahabat handai kita yang berada disana dipelihara oleh Allah Subhanahu Wa Taala dan sama-sama kita doakan agar yang berlaku itu adalah yang terbaik buat negara Mesir.
No comments:
Post a Comment