Alhamdulillah, selesai ziarah AMT bersama team Buletin PERMATA ke rumah Ustaz Shariff dan Ustazah Fatihah. Walaupun agak sedikit diuji di tengah perjalanan dengan udara yang sangat sejuk ditambah pula dengan hujan yang tidak berhenti-henti membasahi tubuh kami. Apapun kami amat terharu ketibaan kami disambut dengan hidangan dan layanan istimewa yang diberikan oleh bakal bergelar Umi dan Abi. Banyak perkongsian idea dan perkara baru yang dapat pada hari ini ditambah pula dengan usikan dan gurauan dari teman-teman menjadikan uhkwah diantara kami semakin kuat.Terima kasih di ucapkan buat tuan rumah yang sangat mudah untuk menerima tetamu diatas hidangan yang disediakan. Semoga Allah memberkati dan membalas jasa kalian.
Bersama pimpinan PERMATA, Ustaz Syafiq dan Ustaz Uwais. Ziarah Mahabbah di Rumah Ustaz Shariff dan Ustazah Fatihah.
Terpaksa mengharungi lecah untuk ke rumah Ustaz Shariff. Walaupun hujan yang turun agak lebat kami tetap thabat untuk terus menjayakan ziarah Mahabbah ini.
Berkongsi pandangan bersama sahabat mengenai isu terkini di Mesir. Hebat pandangan yang diberi oleh sahabat-sahabat.
Tertarik dengan cara mereka yang saling lengkap melengkapi, betullah pepatah mengatakan ‘rumahku,syurgaku’ untuk mencapai kepada pepatah itu kitalah yang membentuknya kerana mungkin juga pepatah itu menjadi sebaliknya dek kerana persediaan yang kurang dan kesilapan yang kita lakukan.
Justeru, ingin saya sebutkan kembali seperti sebelum ini. Asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?
Jika asas perkahwinan adalah kerana nafsu semata-mata maka tunggulah suatu ketika nanti kerana tidak ada yang lebih baik melainkan pernikahan itu kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat!Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’.
Ada kata-kata yang berbunyi ‘Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali’.Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria itu atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah merupakan idaman setiap pasangan yang berkahwin. Namun berapa ramai pula yang mampu untuk menjadi ayah dan ibu yang baik untuk anak-anak mereka? Oleh itu ilmu ke ibubapaan juga penting dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah. Persediaan melahirkan anak yang soleh dan solehah bermula dari ibu bapa itu sendiri. Bukan selepas anak dilahirkan, tetapi sebelum berkahwin lagi perlu membuat persediaan.
Semoga kita semua dapat menjadi generasi ‘umi abi’ yang mampu melahirkan generasi seterusnya yang bakal menjulang dan menyambung mata rantai perjuangan Islam suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment