BERSAMA SAYA

20 May 2011

ABU UBAIDAH PAHLAWAN ISLAM

Beliau merupakan seorang yang lembut, tawaduk dan sangat pemalu, tetapi apabila mengendalikan setiap urusan yang diamanahkan kepadanya, beliau amat cekap dan pantas. Bagaikan singa jantan bertemu mangsanya. Nama sebenar beliau adalah Amir bin Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al qurasyi atau lebih dikenali sebagai Abu Ubaidah.

Beliau banyak mengikuti peperangan membela dan meninggikan panji-panji Islam. Bahkan, beliau juga menjadi panglima perang. Ketika menjadi panglima perang, beliau sangat prihatin terhadap keselamatan tenteranya. Rasulullah sendiri mengakui kualiti kepimpinan yang ada pada Abu Ubaidah.



Saidina Umar Al Khattab melantik Abu Ubaidah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah arab yang dijajah oleh Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis.

Setelah berjaya menyelesaikan amanah beliau, berlaku wabak taun di Syam. Umar Al Khattab mengirim surat kepadanya memanggil Abu Ubaidah pulang ke kota Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup meninggalkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia pulang ke Madinah.

Beliau membalas surat kepada Umar Al khattab : “ Wahai Amirul Muqminin, sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera muslimin. Saya tidak mahu menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak mahu berpisah daripada mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusanNYA kepada saya dan mereka. Oleh itu, apabila sampai surat ini, tolong jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkan saya tinggal disini.

Selepas Umar Al Khattab membaca surat itu, beliau terus menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah telah syahid. Lalu Umar menjawab kematiannya sudah diambang pintu.

Junjungan besar Nabi Muhammad pernah bersabda : “ Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy dan memiliki sifat terbaik dan paling sederhana adalah Abu Bakar, Uthman dan Abu Ubaidah Al Jarrah.

Abu Ubaidah dikenali orang dizamannya sebagai orang yang zuhud. Saidina Umar yang datang ke rumah Abu Ubaidah menitiskan air mata melihat kehidupannya yang sederhana. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dengan harta yang ada dalam genggamannya. Baginya jawatan bukan jalan untuk memperkayakan diri dan meninggikan diri, tetapi kesempatan untuk beramal bagi meraih mardhotillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...