BERSAMA SAYA

31 May 2011

KENANGAN BERSAMA KALIAN PERMATA



9/7/2010 bersama teman-teman kepimpinanku sesi 09/10.

Alhamdulillah,segala pujian tertinggi dipanjatkan ke hadrat ALLAH Azzawajal diatas segala kesempatan nikmat kurniaan-NYA, serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda.Juga ucapan syukur diatas kesempatan “ANNUAL GENERAL MEETING”(AGM) PERMATA pada sesi ini,semoga ianya berjaya diadakan.

من الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم
 مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً                          

Bermaksud: Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang membenarkan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesaikan(janji). Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka itu tidak  pula merubah (janjinya),

Setelah hampir dua tahun melibatkan diri didalam PERMATA secara lansung, terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi bersama kalian sepanjang tempoh ini. Boleh saya katakan bahawa ahli PERMATA semakin matang dan semakin maju bergerak kehadapan dari semua aspek jika dilihat kepada komitmen yang diberikan pada program-program yang telah dijalankan. Semoga PERMATA dapat melahirkan lebih banyak permata-permata yang mampu memberi seoptima mungkin kepada masyarakat kelak.
Ikhwah wa akhawat fillah,

Rasulullah S.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:
”ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat kelak ia akan menjadi kehinaan dan penyelasan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan didalamnya”. 
{Hadith Riwayat Muslim}

Hakikat yang harus kita akui adalah,kepimpinan itu bukanlah suatu ‘tasyrifan’ (kemuliaan),tetapi ianya merupakan ‘taklifan’ (tanggungjawab & amanah) yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap para pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh ahli-ahli dibawah kepimpinannya.

Justeru,bersempena AGM PERMATA sesi ini,ana mengucapkan selamat bermesyuarat untuk seluruh kepimpinan PERMATA sesi 2010/2011 serta kepada seluruh adik-beradik PERMATA sekalian yang merupakan aset terpenting dalam memacu kegemilangan PERMATA itu sendiri.Untuk akhirnya,saya mengharapkan 100% partisipasi dari seluruh ahli PERMATA agar dapat menghadirkan ke AGM sesi ini.saya juga optimis,dengan kehadiran kalian, komentar,cadangan,nasihat dan muhasabah yang akan berlansung ini bakal membawa PERMATA ke arah yang lebih gemilang bertepatan dengan tema “PERMATA matang 
2010”.

Simbolik penyerahan amanah 09/10 ke 10/11 pada 9/7/2010


Beliau banyak mengajar erti sebuah kepimpinan

Adik-beradik PERMATA yang ana kasihi sekalian,

Sepertimana kepimpinan yang lain, kami sentiasa mengimpikan yang terbaik buat ahli yang dipimpin. Kami sentiasa berusaha dan mengharapkan agar program-program didalam membantu membentuk jati diri sebagai seorang daie dapat terus dijalankan, kami juga mengimpikan sebuah rumah persatuan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan buat kalian, kami inginkan rumah persatuan yang besar mempunyai koperasi,bilik tamu dan perpustakaan yang boleh menjadi tempat rujukan ahli dan mampu menampung jumlah pelajar yang ramai serta mampu untuk menjalankan sebarang aktiviti didalamnya. Semoga suatu hari kelak akan terealisasi impian kami,untuk merialisasikan impian kami perlulah sama-sama kita  menanam rasa untuk memberi yang bukan sahaja dari kepimpinan tetapi kalian semua adalah penerusnya.

Kesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan PERMATA 10/11 ingin memohon maaf dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa dan sumbangan kalian didalam menjayakan visi dan misi PERMATA kali ini. Mana mungkin kami mampu bergerak sehingga ke hari ini tanpa sokongan dan bantuan kalian. Saya mengharapkan juga agar kalian dapat sama-sama terus membantu dan memberikan sokongan kepada PERMATA seterusnya MPPMJ didalam usaha merelevankan MPPMJ dikalangan ahli sekali gus dapat memartabatkan MPPMJ di peringkat Antarabangsa.

Harapan ana untuk sesi yang akan datang agar dapat meneruskan lagi dengan lebih baik dan amanah didalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.ingatlah tiada kemewahan dijanjikan sebagai seorang 
pemimpin,tapi ingatlah janji Allah kebahagiaan di Syurga kelak menanti.

kenangan bersama kalian sesi 09/10 tetap disematkan didalam memoriku

Kenangan manis bekerja bersama kalian ahli PERMATA akan saya sematkan didalam memori hidup saya dan semoga ia menjadi sebab untuk kita bertemu kelak.

MOHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI,
PRESIDEN PERMATA,
SESI 2010/2011.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...