BERSAMA SAYA

26 September 2011

ISLAM ITU SANGAT HALUS DAN INDAH

Alhamdulillah dapat juga akhirnya daftar ke kelas Qodhoya walaupun sebelum ini kelas ini penuh dan sudahpun ditutup. Kelas pertama Qodhoya Mu’asorah yang di ajar oleh Dr. Hamad Azzam hari ini cukup memberikan saya semangat apatah lagi beliau sangat mahir dalam menjelaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan masalah-masalah masakini. Ramai juga dikalangan mereka yang  mengambil subjek ini adalah dari teman-teman rapat saya Ustaz Uwais, Ustaz Syakir,Ustaz Hayyi,Ustaz Syaukani,Ustaz Amir Hafizi Al-Mutazawwiji,Ustaz Fauzan dan ramai lagi. Semoga kita terus diberikan kefahaman dan keberkatan didalam menuntut Ilmu.

Islam itu halus dan indah, jangan sesekali kita mencemari keindahan itu

Banyak perkara baru yang saya perolehi didalam dewan kuliah hari ini. Dr. Azzam menekankan bahawa setiap perkara akan berkait rapat dengan Qodhoya baik pada  ekonomi,politik,jual beli dan sebagainya. Beliau juga banyak mendatangkan banyak masalah baru yang masih dalam perbincangan banyak ulama’ antaranya hukum keluar menyertai demontrasi, hukum menjual dan memindahkan  anggota, hukum membunuh manusia yang sedang menderita kesakitan penyakit dan memang sudah tiada harapan untuk hidup, hukum menjual susu ibu dan banyak lagi yang didatangkan kepada kami.

Setiap perkara yang baru perlu kepada ijtihad dan setiap dari ijtihad perlu kepada pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu isu. Hanya  memerhati tanpa memahami dan menguasai sesuatu isu mana mungkin seseorang itu boleh mengeluarkan fatwa ataupun hukum. Terkadang untuk mengeluarkan sesuatu hukum berhajat kepada individu yang ramai dan waktu yang panjang untuk meraikan banyak keadan,mengkaji dan memahami isu tersebut. 

 Namun, sekarang saya begitu hairan dengan sesetengah golongan yang amat mudah dan begitu ghairah mengeluarkan hukum berdasarkan pemerhatian kepada hukum asas sesuatu isu semata-mata tanpa mengkaji dan memahami sesuatu isu. Apa yang lebih malang golongan ini hanya pandai mengatakan yang ini haram dan yang ini ditegah oleh syara’ tanpa mendatangkan inisiatif sebagai ganti kepada isu tersebut dan merasakan diri mereka adalah yang terbaik tanpa dapat ditegur oleh orang lain...

Sebagai contoh lagu nyayian dari seorang wanita dikatakan haram dan ditegah dengan keras tanpa mencadangkan inisiatif kepada mereka. Lebih baik jika kita katakana bahawa lagu nyayian dari seorang wanita harus dan boleh tetapi hanyalah wanita yang mendegarnya sesame mereka. Begitu juga dengan wanita bersukan ada yang mengatakan haram bagi seorang wanita itu menyertai pertandingan sukan tersebut.. Kan lebih baik jika kita kaji semula mengapa haram adakah disebabkan pakaian,percampuran lelaki perempuan atau sebagainya dan terus kita cadang dan katakan wanita boleh dan harus menyertai sukan tersebut dengan syarat memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak bercampur antara lelaki dan perempuan…

Dakwah yang kurang strategi akan membuatkan para mad’u semakin jauh meninggalkan kita apatah lagi jika para ustaz dan ustazah hanya pandai menghukum tanpa menggunakan cara pendekatan yang terbaik.

Islam adalah agama fitrah yang penuh dengan Rahmah, Namun Islam dipandang keras oleh kerana penganutnya yang keras didalam melaksanakan Islam

Saya selalu memesan pada diri dan mengharapkan agar teman-teman tidak tergolong dari golongan yang ghairah mengeluarkan sesuatu hukum ataupun fatwa dengan hanya memerhati tanpa mengkaji dan memahami sesuatu isu dengan mendalam.

Dimanakah status orang yang bergelar ustaz dan ustazah jika pendekatan yang diambil terus begini yang hanya ghairah mengeluarkan hukum dan berfatwa tanpa memahami sesuatu isu tanpa mendatangkan inisiatif sebagai ganti kepada masyarakat yang akhirnya ustaz dan ustazah yang berilmu tidak dipandang dan membuatkan orang semakin takut dan jauh dari kita sebagai Da’ei. Fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...