Perjalanan yang memakan masa hanya tiga minit menjadi detik tragis buat sebahagian petugas media yang menyertai misi bantuan ke Somalia. Siapa sangka dalam waktu yang begitu singkat,menjadi saat getir yang tidak dapat dilupakan seluruh rakyat Malaysia.
Di kala rakyat Malaysia bergembira menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, kesedihan menyelubungi keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, seorang jurukamera BernamaTV, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Somalia.
“ Sebelum memasuki perkarangan hotel,saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan. Dalam kesakitan,saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan berda dalam kesakitan yang amat sangat,” kata Aji Saregar Mazlan,jurukamera TV3.
Sesungguhnya saat kematian tidak diketahui oleh manusia. Apabila tiba detiknya,ianya tidak akan diawalkan mahupun ditangguh walaupun sesaat. Sebagai hamba,sentiasalah kita menyeru ke arah kebaikan dan menjauhi larangan Allah s.w.t. Semoga ketika tiba saatnya nanti,kita menghadap Pencipta dalam keadaan husnul khatimah dan dinantikan oleh penghuni langit.
SEBAK…Naemah Abdul Majid tidak dapat menahan kesedihan tatkala melihat gambar terakhir anaknya beberapa jam sebelum maut .
Kami saf kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) serta seluruh mahasiswa Malaysia di Jordan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Harapan kami agar kejadian ini tidak melemahkan semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu mangsa Somalia. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh dan dikasihi Allah.
Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment