BERSAMA SAYA

13 October 2011

PERANCANGAN ITU MESTI UNTUK MELAHIRKAN SEORANG PEJUANG

Tahniah buat seluruh teman-teman yang selamat diijabkabulkan. Barakallahu Lakum.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Allah Azzawajalla, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam ke atas ni’mat dan rahmat yang tidak terhingga nilainya.

Malam ini, saya mempunyai dua program yang bagi saya kedua-duanya bermakna buat saya. Di Irbid berlansungnya Forum Perdana Mahasiswa yang bertajuk “  Mahasiswa Ideal Teras Tamadun Fadhilah “ manakala di Mutah pula diundang untuk memberikan sedikit ucapan bersempena dengan Majlis Sambutan Mutazawwijin. Jutaan terima kasih buat seluruh AJK perlaksana. Semoga Allah memberkati kalian.

Tahniah saya ucapkan kepada seluruh teman-teman yang telah selamat di ijabkabulkan. Sedikit perkongsian yang selalu saya kongsikan dengan sahabat-sahabat seperjuangan di Jordan bahawa perkahwinan merupakan sebahagian dari kehidupan dan dari intipati perkahwinan juga mampu menjadikan kita insan yang lebih baik dan sempurna.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Namun, perlu kita ingat bahawa dengan perkahwinan juga boleh menyebabkan seseorang itu semakin jauh berubah kearah yang lebih negatif tanpa kawalan dan perancangan yang baik. Perkahwinan juga bukanlah suatu yang kecil bahkan, ia adalah merupakan salah satu platform utama bagi seorang da’ie untuk meneruskan lagi agenda dakwah di dalam mencapai matlamat Islam.

Perancangan dan impian telah cuba ku kemaskan.Ku berserah dan bertawakal semoga perancangan dan impian ku diredhoi olehNya.

Bagi seorang daie perlu kita kemaskan perancangan kehidupan bukan sahaja tamatnya perancangan itu apabila selesai di ijabkabulkan sahaja  tetapi  perancangan yang sempurna didalam melahirkan pejuang-pejuang yang mampu meneruskan agenda dakwah sekali gus menjadi mata rantai perjuangan Rasullullah di dalam memartabatkan Islam. Percayalah bahawa apabila selamat diijabkabulkan maka kita telahpun melangkah lebih jauh kehadapan.
Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat! Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’.

Menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah merupakan idaman setiap pasangan yang berkahwin. Namun berapa ramai pula yang mampu untuk menjadi ayah dan ibu yang baik bagi anak-anak mereka? Oleh itu ilmu keibubapaan juga penting dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah. Persediaan melahirkan anak yang soleh dan solehah bermula dari ibu bapa itu sendiri. Bukan selepas anak dilahirkan, bukan selepas anak disekolahkan dan bukan selepas anak itu bergelar remaja tetapi sebelum mendirikan rumah tangga lagi lagi perlu membuat persediaan dan perancangan yang kemas dan rapi yang memerlukan sokongan antara kedua belah pihak.

Akhirnya,Semoga kita terus bersama memperkemaskan visi dan misi sebuah perkahwinan dari sekarang didalam mencapai matlamat sebuah perkahwinan yang sebenar.



Ya ALLAH, berkatilah mereka, himpunkanlah mereka dalam kebaikan dan kasih sayang yang berpanjangan dan kurniakanlah kepada mereka  lidah yang lembut dan sentiasa menyebut nama-MU, hati yang bersih, iman dan ketaqwaan yang mantap, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi, saling menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara mereka serta hidup dalam kebahagiaan dan ketaqwaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...