‘Umara dan Ulama’ dua perkataan yang sering didengar. Umara merupakan pemimpin didalam sesebuah masyarakat samada yang dipilih oleh masyarakat itu sendiri atau terlantiknya sebagai kepimpinan oleh kerana ia adalah pewaris dan ia bergantung kepada sistem sesebuah tempat itu sendiri manakala Ulama pula adalah para ilmuan yang bukan dilantik oleh mana-mana pihak atau boleh diwariskan seperti kepimpinan tetapi ia adalah satu anugerah yang terhasil dari dalamnya ilmu pengetahuan.
Inilah dua golongan yang tidak boleh dipisahkan didalam membentuk dan jatuh bangunnya sesebuah masyarakat. Mengikut sejarah ketamadunan Islam jugs, golongan umara’ dan ulama adalah dua golongan yang dihormati masyarakat. Golongan ini sentiasa menjadi perhatian dan amat berpengaruh.
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menyatakan:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris Nabi”.
Meskipun Ibnu Hajar al-Asqlani ahli hadis, beliau meragui kesahihan hadis ini, tetapi jiwa hadis ini sesuai dengan apa yang tercantum dalam al-Quran dalam surah Fathir ayat 32 yang bermaksud:
“Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami…”
2 golongan ini cukup memainkan peranan yang besar seperti yang meriwayatkan daripada Abu Naim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua kelompok manusia,jika kedua-duanya baik,maka masyarakat akan jadi baik,dan jika kedua-duanya rosak,maka masyarakat akan rosak,mereka itu ialah ulama dan umara’.”
“Ada dua kelompok manusia,jika kedua-duanya baik,maka masyarakat akan jadi baik,dan jika kedua-duanya rosak,maka masyarakat akan rosak,mereka itu ialah ulama dan umara’.”
Generasi ululalbab yang pernah disebut suatu masa dahulu, harus dibentuk dengan gandingan Ulama dan Umara
Jika kita menyelak semula sirah perjuangan Nabi-nabi dan golongan ulama yang terdahulu akan kita dapati ada diantara zaman mereka yang berlakunya pertentangan antara ulama dan umara yang disebabkan bertentangan dengan syari’ah atau bertentangan dengan kepentingan umum masyarkat. Sehingga kini seolah-olah menjadi tradisi ulama dan umara, ada ulama yang tegas dan berani menasihati menentang umara yang zalim, ada yang diam saja tanpa tindakan apapun bahkan ada yang mengampu dan berdiri dibelakang umara sebagai pengikut tegar yang menjadi penyandar kepada umara dengan mengeluarkan fatwa yang mampu menjastifikasikan apa sahaja yang dilakukan golongan umara untuk melancarkan aksi politik dan tindakan yang bertentangan dengan syara’.
Allah telah memberikan perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang diturunkan kepada rasul-Nya,dan berkata, dalam ayat 175 dan 177 Surah Al-A’raf, di mana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat..”
“Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”.
“Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim”.
Ramai yang mendifinasikan bahawa golongan ulama hanya berperanan kepada masyarakat untuk memahamkan 5 rukun Islam itu sahaja didalam kehidupan. Namun, perlu jelas bahawa peranan ulama sangat penting didalam mendidik dan menyebarkan syariat Allah kepada manusia, membimbing masyarakat serta melakukan tanggungjawab sosial, politik, ekonomi dan sebagaimana sepertimana yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW Bukan sekadar itu sahaja, ulama juga harus peka terhadap isu-isu terkini, dan peranan mereka tidak sekadar menjelaskan dan menyuarakan terhadap sesuatu isu, juga sekali gus memberi contoh pelaksanaan dan sosialisasinya.
Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama dan umara’ pada zamannya menyatakan:
“Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar tanpa mengira sangat kekejaman pemerintah. Mereka percaya Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid jika ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah ulama menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa dicakapkan “.
“Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar tanpa mengira sangat kekejaman pemerintah. Mereka percaya Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid jika ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah ulama menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa dicakapkan “.
Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama. Sementara ulama pula rosak kerana tamak harta dan pangkat.”
Golongan umara seharusnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan pandangan serta mampu membina kerjasama baik dengan mana-mana pihak. Ingatlah, hubungan ulama dan umara tidak boleh dipisahkan apatah lagi didalam mentadbir sesebuah masyarakat . Perkongsian idea dan pandangan mereka akan membawa rahmat kepada masyarakat dan Negara.
Inilah hakikat yang perlu difahami dan ditekankan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar bagi menanggani kecelaruan pemikiran dalam masyarakat kita hari ini, sehingga budaya kebencian dan permusuhan disebarkan begitu meluas dalam masyarakat dengan berbagai-bagai fitnah dan propaganda yang menakutkan. Lebih menyedihkan daripada itu mereka melekehkan peranan ulama dan melebelkan ulama dengan pembawa ajaran sesat.
Imam Al-Ghazali telah membahagikan ulama kepada dua kelompok, iaitu ulama dunia dan ulama akhirat. Ulama dunia adalah orang yang mencari kedudukan, kehormatan dan kesenangan duniawi dengan menggunakan ilmunya. Adapun ulama akhirat bersikap sebaliknya.
No comments:
Post a Comment