“Ustaz apa pandangan ustaz dengan filem “Tahajud Cinta” yang baru keluar wayang kat Malaysia.? Dengar cerita dia macam memperlekehkan orang-orang macam kita ustaz.” Tanya salah seorang junior pada saya. “ Ustaz tak buat kenyataan membantah ke? Ataupun boikot je cerita tu biar dorang tau kita ni bukan jenis tu, nak buat cerita Islamic la konon tapi hampeh.” Tambah seorang lagi dari mereka. “ Dah ustaz ustazah tak nak buat filem, jadilah camtu”. Jawapan pendek saya untuk mereka
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".[al-Nahl:125]
Seiring dengan perkembangan dunia globalisasi, peningkatan taraf hidup masyarakat makin memerlukan hiburan yang menyebabkan banyak hiburan-hiburan baru wujud baik dari bidang penulisan, perfileman, permainan dan sebagainya.
Teringat beberapa bulan yang lepas pernah ditanya soalan sedemikian oleh beberapa orang teman di Universiti. Namun hari ini, masih soalan yang sama ditanyakan mengenai sebuah lagi cerita "Ombak Cinta" mungkin jawapan saya sama seperti jawapan yang lepas. Apapun, kita selaku mahasiswa yang bakal pulang ke dalam masyarakat perlu bersedia dan memandang jauh lebih kehadapan terhadap isu-isu yang bakal mendatang.
Walaupun ianya hanya kartun. namun, perwatakan yang dilakonkan mampu mempengaruhi anak-anak kecil
Media Massa & Hiburan
Kita tidak dapat nafikan bahawa media massa begitu berkait rapat dalam kehidupan seharian umumnya seperti surat kabar, radio, television, dan filem yang berkaitan dalam bidang informasi, rekreasi, atau dalam istilah lain penerangan, pendidikan, dan hiburan. Jadi untuk menyebarkan maklumat, media massa adalah platform yang terbaik dan mampu mempengaruhi sikap, pendapat dan prilaku masyarakat.
Jika kita melihat pada dasarnya, hiburan merupakan satu benda yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia itu sendiri dan dengan hiburan manusia mampu menghilangkan rasa tekanan terhadap sesuatu benda.
Pada umumnya hiburan sangat luas dan ia terdiri dari muzik, film, video, tarian opera, drama, membaca buku-buku ataupun berupa permainan dan sukan. Wujud juga sesetengah orang tertentu yang menganggap dengan bekerja, mereka akan rasa terhibur berbanding duduk diam menonton atau membaca di suatu tempat.
Antara sifat seorang Da'ie adalah dengan mudah memahami kehendak mad'u dan haruslah kreatif didalam menyampaikan dakwahnya kepada mad'u
Da’ie
Seorang da’ie yang melibatkan diri dalam masyarakat mestilah terlebih dahulu membuat beberapa persediaan awal sebelum menerjunkan dirinya ke dalam bidang dakwah ini. Ini kerana memandangkan ianya satu bidang yang memerlukan kepada seorang da’ie yang benar-benar mempunyai kefahaman , ketahanan diri dan bekalan-bekalan yang secukupnya untuk melicinkan kerja-kerjanya.
Pendapat Bakhial Khauli “ dakwah adalah satu proses menghidupkan peraturan-peraturan Islam dengan maksud memindahkan umat dari satu keadaan kepada keadaan lain”.
Pendapat Syekh Ali Mahfudz, “dakwah adalah mengajak manusia untuk mengerjakan kebaikan dan mengikuti petunjuk, menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka dari perbuatan jelek agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat”.
Pendapat ini juga bertepatan dengan pendapat Imam Al-Ghazali bahawa amar ma’ruf nahi munkar adalah perkara asas gerakan dakwah dalam membentuk masyarakat Islam.
Firman Allah :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. oleh itu sesiapa Yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadaNya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa Yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan Aku pula bukanlah menjadi wakil Yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. oleh itu sesiapa Yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadaNya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa Yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan Aku pula bukanlah menjadi wakil Yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".
Platform ini boleh digunakan samada kearah kebaikan ataupun sebaliknya, siapakah yang akan menjernihkan ia dari terus dicemari ? kalau bukan kita.
Siapa Yang Perlu Menjernihkannya
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ
ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Ayat di atas jelas menunjukkan kita bahawa didalam menyampaikan dakwah tidak dapat tidak mestilah mengikut seperti yang disebut ‘ بِالْحِكْمَةِوَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ‘ dan cara kita menangani masyarakat setempat juga termasuk didalam apa yang disebut dengan hikmah dan pelajaran yang baik.
Peningkatan hiburan bakal mengundang gejala negatif di dalam masyarakat yang akan menyebabkan hilangnya moral dan akhlak didalam kehidupan. Hari ini sahaja, kita mampu melihat berapa banyakkah hiburan barat yang telah diserap masuk kedalam masyarakat khususnya anak-anak remaja samada baik ataupun sebaliknya.
Semua bentuk hiburan samada ianya adat yang ditinggalkan nenek moyang, atau baru diwujudkan atau yang diterbangkan dari barat untuk masyarakat perlulah dikawal dan dicantikkan oleh golongan yang tahu ( agamawan )
Pendekatan yang diambil oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri didalam adat hiburan masyarakat Arab. Seperti contoh,Syair Arab yang dulunya pada zaman Jahiliyyah ia lebih kepada pemujaan tetapi datangnya islam dengan mencantikkan syair dengan memuji kebesaran Allah, kaum Ansar di Madinah ketika majlis perkahwinan adalah menjadi adat dengan memainkan gendang, namun, Nabi tidak melarang bahkan menyuruh untuk dihiburkan dengan paluan gendang selagi mana tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi syara’.
Begitu juga dengan beberapa ulama’ masakini yang mengambil pendekatan “mencantikkan” daripada “mencantas” hiburan tersebut. Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai banyak adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka seperti wayang kulit dan dikir barat. Ada golongan agamawan yang suatu ketika dahulu mengharamkan wayang kulit dan dikir barat atas dasar wujud unsur-unsur memuja dan melaghokan. Namun, kerajaan negeri Kelantan ketika itu tidak “mencantas” tetapi mengambil pendekatan “mencantikkan” dengan memberi cadangan bahawa dikir barat dan wayang kulit bukanlah suatu yang menyalahi syara’ tetapi yang menyalahi syara’ jika mengandungi unsur-unsur pemujaan selain Allah dan melaghokan jadi perlu ditukar kepada memuji Allah dan mengajak kepada kebaikan.
Indahnya hiburan, jika ia digunakan dengan baik dan diplopori oleh orang-orang yang tahu
Dunia yang semakin canggih hari ini, kita selaku da’ie haruslah lebih bersikap kreatif didalam mengeluarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu. Perkataan “haram dan tidak boleh” mungkin sudah tidak lagi sesuai diungkapkan pada zaman ini tapi haruslah di gantikan dengan menyediakan inisiatif yang lain.
Sebagai contoh hari ini, masih ada golongan agamawan yang mengharamkan dari menonton filem-filem di television atas sebab tidak membawa faedah bahkan melalaikan. Begitu juga dengan filem-filem yang “kononnya” ingin membawa imej Islam dipersalahkan, dimaki hamun dan diboikot atas sebab lari dari konsep yang dianjurkan Islam. Namun, berapa ramaikah yang boleh membantu dengan menyediakan dan memberi inisiatif kepada terhasilnya filem yang betul-betul menepati ciri-ciri filem Islam.
Satu persoalan yang selalu bermain di benak fikiran saya, jika di izinkan oleh tuan pemilik alam ini suatu hari Islam akan memerintah. Apakah industri hiburan ini akan terus di cantas ataupun di lenyapkan dari kehidupan dek kerana tiada yang mahir dan mendalami bidang ini tanpa ada yang tampil dari golongan agamawan yang berkemahiran di dalam bidang ini. Siapa yang bakal mengisi kekosongan ini..? kalau bukan kita seorang da’ie.
Jika saya ditanya apakah perlu mahasiswa pengajian islam melibatkan diri dalam bidang perfileman. Saya akan katakan, bahawa ianya perlu dan menjadi tanggungjawab kepada kita apatah lagi ia merupakan platform yang terbaik pada masa ini didalam menyampaikan dakwah.
Dulu, mungkin kita katakan medan yang paling terbaik untuk mengajak kebaikan selepas sekolah, adalah masjid-masjid dan surau dengan kuliah agama. tapi, berapa ramai yang akan memenuhi ruang masjid mungkin yang betul-betul minat. Kemudian timbul pula dakwah melalui penulisan, maka pada masa itu ramai pendakwah yang mengambil inisiatif dengan menulis sebagai medan dakwah utama. Namun, hari ini kita boleh katakan hampir 95% masyarakat yang sudahpun mempunyai television dan tidak lepas dari menonton pengisiannya dan ia ditonton dari semua lapisan masyarakat tanpa batasan baik diperingkat umur, bangsa, agama dan mampu merentasi benua. Maka, saya katakan bahawa melalui media hiburan khususnya bidang perfileman adalah inisiatif dakwah yang terbaik buat masa ini.
Dulu, mungkin kita katakan medan yang paling terbaik untuk mengajak kebaikan selepas sekolah, adalah masjid-masjid dan surau dengan kuliah agama. tapi, berapa ramai yang akan memenuhi ruang masjid mungkin yang betul-betul minat. Kemudian timbul pula dakwah melalui penulisan, maka pada masa itu ramai pendakwah yang mengambil inisiatif dengan menulis sebagai medan dakwah utama. Namun, hari ini kita boleh katakan hampir 95% masyarakat yang sudahpun mempunyai television dan tidak lepas dari menonton pengisiannya dan ia ditonton dari semua lapisan masyarakat tanpa batasan baik diperingkat umur, bangsa, agama dan mampu merentasi benua. Maka, saya katakan bahawa melalui media hiburan khususnya bidang perfileman adalah inisiatif dakwah yang terbaik buat masa ini.
Antara sifat pendakwah yang harus ada adalah dengan memahami kehendak mad’u dan kreatif didalam menyampaikannya apapun jenis platform yang boleh dan mudah diterima mad’u maka itulah yang terbaik selagi mana tidak menyalahi tuntutan syara’.
No comments:
Post a Comment