Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh .
Sekali lagi kita dikhabarkan dengan berita mengenai kematian, tetapi kali ini melibatkan pelajar tahun 2 JUST Saudara Mohd Ilham Ellani Bin Jamal yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.15 petang tadi [waktu Jordan ] 3 Disember 2011 Sehubungan dengan itu, pihak kepimpinan MPPMJ dan seluruh warga MPPMJ merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah Subhanallah Wa Taala. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kekuatan buat kalian sepertimana kuatnya para syuhada Mutah..
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِن رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ
Bermaksud: Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali) . Mereka itulah orang-orang yang mendapat shalawat dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al-Baqarah : 155-157)
Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak warga MPPMJ untuk bermuhasabah diri dalam mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi:
“Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)
Tambahan pula, Ibnu Umar pernah berkata:
“Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati”.(Matan Ar-Baien,Imam nawawi)
Maka, wasiat tersebut mengingatkan kita bahawa hakikat musafir di dunia ini pasti ada penghujungnya Justeru, apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk bertemu Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?
Nabi bersabda kepada utusan anak perempuan baginda yang menyampaikan berita kematian cucu baginda, lalu baginda bersabda :
” Pulanglah kepadanya dan khabarkan sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada Allah”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saya sekali lagi mewakili seluruh kepimpinan dan warga MPPMJ, ingin merakamkan takziah dan berharap agar seluruh ahli keluarga dapat bersabar atas ketentuan Allah Subhanallah Wa Taala ini. Semoga Allah Subhanallah Wa Taala. melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama roh para solihin dengan izin Allah Subhanallah Wa Taala, InshaAllah. Al-Fatihah
MUHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI
Presiden,
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2011/2012
assalamualaikum. die da pergi. al-fatihah. selepas ni mgkin kita plak akn same2 mngikuti nya
ReplyDelete