BERSAMA SAYA

12 April 2012

HARAPAN KECIL SAYA




منَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَما بَدَّلُوا تَبْدِيلاً                          
Bermaksud: Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang membenarkan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesaikan(janji). Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka itu tidak  pula merubah (janjinya),

Setelah hampir tiga tahun melibatkan diri didalam persatuan di Jordan secara lansung, terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi bersama kalian sepanjang tempoh ini. Boleh saya katakan bahawa warga MPPMJ semakin matang dan semakin maju bergerak kehadapan dari semua aspek jika dilihat kepada komitmen yang diberikan pada program-program yang telah dijalankan baik diperingkan persatuan BKAN, Zon dan MPPMJ. Semoga MPPMJ dapat melahirkan lebih banyak permata-permata yang mampu memberi seoptima mungkin kepada masyarakat kelak.

Teman-teman fillah,

Rasulullah S.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:

”ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat kelak ia akan menjadi kehinaan dan penyelasan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan didalamnya”. {Hadith Riwayat Muslim}

Hakikat yang harus kita akui adalah,kepimpinan itu bukanlah suatu ‘tasyrifan’ (kemuliaan),tetapi ianya merupakan ‘taklifan’ (tanggungjawab & amanah) yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap para pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh ahli-ahli dibawah kepimpinannya.

Justeru,bersempena AGM MPPMJ sesi ini,ana mengucapkan selamat bermesyuarat untuk seluruh kepimpinan MPPMJ sesi 2011/2012 serta kepada seluruh warga MPPMJ sekalian yang merupakan aset terpenting dalam memacu kegemilangan MPPMJ itu sendiri. Untuk akhirnya,saya mengharapkan 100% partisipasi dari seluruh ahli MPPMJ agar dapat menghadirkan ke AGM sesi ini. Saya juga optimis, dengan kehadiran kalian, komentar, cadangan, nasihat dan muhasabah yang akan berlansung ini bakal membawa MPPMJ ke era yang lebih gemilang bertepatan dengan tema “ Kita Semua MPPMJ ”.

Adik-beradik MPPMJ yang ana kasihi sekalian,

Kesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan MPPMJ ingin memohon maaf dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa dan sumbangan kalian didalam menjayakan visi dan misi MPPMJ kali ini. Mana mungkin kami mampu bergerak sehingga ke hari ini tanpa sokongan dan bantuan kalian. Saya mengharapkan juga agar kalian dapat sama-sama terus membantu dan memberikan sokongan kepada seluruh persatuan disini seterusnya MPPMJ didalam usaha merelevankan MPPMJ dikalangan ahli sekali gus dapat memartabatkan MPPMJ di peringkat Antarabangsa.



Saya bercita-cita ingin melihat MPPMJ suatu hari nanti, setaraf dengan persatuan pelajar yang lain bahkan lebih hebat dari itu didalam melahirkan mahasiswa yang keterhadapan dalam semua aspek.

ليس الفتى من قال أبي كان, وانما الفتى من قال ها أنا ذا

Bukanlah pemuda mereka yang berbangga dengan sejarah hebatnya Ayahnya, Tetapi pemuda adalah yang mengatakan " Inilah kami yang sedang merangka sejarah baru untuk masa depan ummat

Harapan ana untuk sesi yang akan datang agar dapat meneruskan lagi dengan lebih baik dan amanah didalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.ingatlah tiada kemewahan dijanjikan sebagai seorang pemimpin,tapi ingatlah janji Allah kebahagiaan di Syurga kelak menanti.

Kenangan manis bersama kalian warga MPPMJ akan saya sematkan didalam memori hidup saya dan semoga ia menjadi sebab untuk kita bertemu kelak.

1 comment:

  1. Syubban MPPMJ Cawangan Mu'tah...merindui kepimpinan Ustaz Hussin Fauzi....Barakallahu fiikk ya akhi kareemm..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...