BERSAMA SAYA

20 May 2011

ABU UBAIDAH PAHLAWAN ISLAM

Beliau merupakan seorang yang lembut, tawaduk dan sangat pemalu, tetapi apabila mengendalikan setiap urusan yang diamanahkan kepadanya, beliau amat cekap dan pantas. Bagaikan singa jantan bertemu mangsanya. Nama sebenar beliau adalah Amir bin Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al qurasyi atau lebih dikenali sebagai Abu Ubaidah.

Beliau banyak mengikuti peperangan membela dan meninggikan panji-panji Islam. Bahkan, beliau juga menjadi panglima perang. Ketika menjadi panglima perang, beliau sangat prihatin terhadap keselamatan tenteranya. Rasulullah sendiri mengakui kualiti kepimpinan yang ada pada Abu Ubaidah.



Saidina Umar Al Khattab melantik Abu Ubaidah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah arab yang dijajah oleh Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis.

Setelah berjaya menyelesaikan amanah beliau, berlaku wabak taun di Syam. Umar Al Khattab mengirim surat kepadanya memanggil Abu Ubaidah pulang ke kota Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup meninggalkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia pulang ke Madinah.

Beliau membalas surat kepada Umar Al khattab : “ Wahai Amirul Muqminin, sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera muslimin. Saya tidak mahu menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak mahu berpisah daripada mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusanNYA kepada saya dan mereka. Oleh itu, apabila sampai surat ini, tolong jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkan saya tinggal disini.

Selepas Umar Al Khattab membaca surat itu, beliau terus menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah telah syahid. Lalu Umar menjawab kematiannya sudah diambang pintu.

Junjungan besar Nabi Muhammad pernah bersabda : “ Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy dan memiliki sifat terbaik dan paling sederhana adalah Abu Bakar, Uthman dan Abu Ubaidah Al Jarrah.

Abu Ubaidah dikenali orang dizamannya sebagai orang yang zuhud. Saidina Umar yang datang ke rumah Abu Ubaidah menitiskan air mata melihat kehidupannya yang sederhana. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dengan harta yang ada dalam genggamannya. Baginya jawatan bukan jalan untuk memperkayakan diri dan meninggikan diri, tetapi kesempatan untuk beramal bagi meraih mardhotillah.

9 May 2011

KITA SEMUA ADALAH MPPMJ

        منَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ                وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً                                     

Bermaksud: Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang membenarkan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesaikan(janji). Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka itu tidak  pula merubah (janjinya),

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Azzawajal, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah alaihi wasallam diatas nikmat-nikmat yang sangat besar yang telah diberikan sehingga ke saat ini.

Selesai sudah Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) kali ke 11 yang diadakan di Mu’tah pada tanggal 7 Mei yang melibatkan seluruh kepimpinan pelajar Malaysia di Jordan ini. MPPMJ adalah merupakan sebuah Persatuan pelajar induk di Jordan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan yang telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kami untuk terus memacu MPPMJ pada sesi ini. Namun begitu, kami sentiasa mengharapkan doa serta sokongan dan menantikan nasihat dari kalian didalam usaha merelevankan MPPMJ dikalangan ahli agar dapat melihat bersama MPPMJ terus maju kehadapan seterusnya mencapai Visinya ‘Kearah Memartabatkan MPPMJ Ke Peringkat Antarabangsa’. Semoga Allah merahmati kalian.

Ucaptama selepas menggalas sebuah amanah yang besar

Amanah yang kami galas ini sangatlah berat bagi kami. Ingin saya ingatkan buat diri saya dan teman-teman seperjuangan sekalian:

Ucapan Saidina Abu Bakar As-siddiq selepas mula-mula dilantik menjadi khalifah

أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني                 إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة        

Bermaksud: wahai manusia.! Sesungguhnya aku telah dilantik untuk kamu, dan aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu, sekiranya aku benar, bantulah aku. Dan sekiranya aku salah, betulkan aku. Benar itu amanah dan menipu itu khianat.

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm        

أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.

Bermaksud : “Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwasalam merupakan sebaik-baik ikutan. Beliau diutuskan oleh Allah Azzawajal ke muka bumi ini sebagai utusan dariNYA yang membawa manusia dari kebatilan kepada kebenaran. Namum begitu, beliau tetap mempunyai tulang-tulang belakang yang sentiasa mendokong dan membantu menguatkan beliau didalam meneruskan perjuangan kebenaran. Beliau mempunyai Saidatina Khadijah yang sentiasa mendampingi dan menenangkan beliau, beliau mempunyai Saidina Abu Bakar Assiddiq yang sentiasa membantu dan membenarkan berita-berita darinya, beliau juga mempunyai Saidina Umar Al-Hattab yang gagah perkasa yang sentiasa memberi  jiwanya didalam perjuangan islam begitu juga dengan Saidina Osman, Saidina Ali dan seluruh para sahabat yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain didalam perjuangan yang kita dapat kecapi sehingga ke hari ini.

Barisan Majlis Tertinggi Syabab MT

Majlis Tertinggi Akhowat MT

Buat teman kepimpinan sesi ini Shahirah Salwa Binti Md Harun , Mohd Arif Azfar Bin Md Ashari, Ahmad Syakir Bin Nassuruddin, Abdul Rahman Bin Mohd Sya’ari, Umme Ayman Binti Ayub, Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin dan seluruh kepimpinan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bakal bersama sesi ini, kalian semua adalah merupakan tulang belakang kepada MPPMJ yang akan sentiasa saling lengkap melengkapi. Saya yakin dan percaya kalian adalah yang terbaik yang sentiasa akan bersama didalam memacu MPPMJ mencapai visi dan misi kali ini sekali gus menggapai keredhaan Allah pemilik sekalian Alam.

Semoga Amanah Kepimpinan ini bukanlah dianggap satu bebanan ataupun kemuliaan tetapi ia perlulah dianggap suatu tarbiah dan peluang buat kita memperbaiki jati diri sebagai seorang daie yang mewarisi mata rantai perjuangan Rasullullah Sallallahu Alaihissalam.

1 May 2011

Perkongsian Para Penyambung Mata Rantai Pejuangan

diskusi sedang berlansung


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan buat Sang Pencipta Alam diatas seluruh ni’mat dan rahmatNYA.

Pada minggu ini sahaja mutah dilawati oleh beberapa orang ulama besar Habib Umar, Syekh Abdul Malik Sa’di( Mufti Iraq), Syekh Abdul Razak Sa’di dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.. Banyak persamaan diantara mereka didalam memberi nasihat kepada penuntut ilmu disini, supaya bukan sahaja mendalami ilmu tetapi memahami ilmu itu sendiri.


Syekh Abdul Malik Sa’di : Kalian sebagai penuntut ilmu, jangan hanya menunggu ilmu semata-mata dari dewan kuliah, tetapi carilah guru-guru talaqi lain luar dari dewan kuliah untuk membantu didalam memahami ilmu.
Apabila ditanya adab-adab ingin menegur seorang guru, beliau menjawab menegur biarlah sesuai dengan orang yang ingin ditegur. Sebagai contoh beliau menceritakan pengalaman beliau menegur gurunya sendiri ketika mana gurunya menulis sebuah kitab lalu, wujud kesalahan pada beberapa ayat didalamnya. ‘Syekh minta maap sekadar ingin bertanya, saya ada terbaca buku yang mengatakan sekian-sekian dan bertentangan dengan tulisan ini sedikit keraguan pada buku yang saya baca tu”. Syekh Abdul Malik bertanya pada gurunya dengan niat ingin menegur kesalahan gurunya. ”Eh.! Tulisan aku yang silap, buku yang kau baca yang betul”. Teguran yang sangat berhikmah.


Syekh Abdul Razak Sa’di Apabila ditanya mengenai peranan muslimah khususnya di Malaysia. “Di Malaysia terlalu besar peranan wanita berbanding disini(Jordan), Malaysia banyak pejabat-pejabat awam,guru,pensyarah dan sebagainya dari kalangan muslimah. Kalian merupakan aset yang sangat penting buat pembanggunan ummah. Jadi, rebutlah peluang ketika disini fahamilah ilmu dengan sebaik-baiknya” Beliau sangat senang dan banyak memuji Muslimah kita dari sudut pemakainan,pergaulan dan perhiasan. Buat PERMATA teruskan dengan dasar ingin melahirkan Muslimah yang  mampu membentuk generasi masyarakat yang bakal menyambung mata rantai pejuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi ”Peranan mahasiswa sebelum pulang ke Malaysia mestilah yang utamanya memahami ilmu terlebih dahulu dan agar dapat libatkan dengan badan-badan tadbir organisasi didalam mematangkan pandangan, kerana orang yang berilmu besertakan pengalaman didalam organisani akan berbeza pandangannya dengan orang yang berilmu  semata-mata tanpa pengalaman yang segelintir dari mereka mempertahankan fikrah masing-masing samada dari sudut fahaman (Salafi,Assai'rah) Fiqh( empat mazhab) yang tidak kena pada tempat yang kadang-kadang menyebabkan semakin berlakunya perpecahan dikalangan masyarakat.

Semoga Allah memberikan kesihatan buat para pewaris-pewaris dan penyambung mata rantai pejuangan Nabi. Semoga Allah memberkati kita semua. 

20 April 2011

BUAT DAIE YANG BAKAL PULANG

Menanti seorang ustaz ustazah yang boleh bersama masayrakat di kampung

Sudah lama menyimpan niat untuk menulis tajuk ini, Alhamdulillah diberikan peluang keringanan jari-jari untuk menaip tajuk ini. Pulang bercuti  semester lepas, perkongsian bersama ahli jamaah masjid semasa pulang bercuti  baru ini amat bermakna dan  amat memberi pengajaran buat diri yang serba dhaif ini. Semoga pengalaman ini bermanfaat bersama.

Singgah di sebuah kedai kopi yang terletak tidak jauh dari teratap buruk saya, mengingatkan kembali enam tahun lalu  yang menjadi tempat persinggahan saya dan ayah sebelum keluar ke pasar borong untuk mencari barang-barang keperluan berniaga. Disitulah banyak kenangan yang mengajar saya cara bergaul dan mengambil hati orang-orang yang agak lama. Sedang dilamun cerita dulu, bahu saya di cuit.

‘Ustaz apa khabar? tidak kemana  hari ini ustaz? Mai la duduk minum dengan pakcik sekali’. Pelawa  seorang pelanggan kedai kopi tersebut yang  juga merupakan salah seorang ahli jamaah masjid yang berdekatan disitu. ‘Ah..!! Kali ini aku tidak dapat mengelak lagi’ bermonolog sendirian walaupun sebelum ini dapat mengelak setelah beberapa kali dipelawa . Pesanan yang sama seperti enam tahun dulu Nescafe panas dan Nasi Lemak Sotong  sudahpun dibuat. ‘Segan rasa pakcik panggil saya ustaz’, luahan hati kecil saya kepada pakcik. ‘Segan apa.? Mengaji dekat Jordan ustaz la tu’ balas pakcik kepada luahan saya tadi sambil tersenyum.

Sementara menunggu santapan yang dipesan tiba dimeja. Pakcik memulakan perbualan dengan pertanyaan demi pertanyaan kepada saya dan kebanyakan persoalan berbentuk pandangan. ‘Aduh.! Mencabarnya soalan, kat Jordan tak nak belajar betul-betul. Mujurlah balik bercuti bukan balik sebagai seorang graduit lagi’. Hati saya terus berbisik.  Terasa diri ini semakin kurang dan sangat kerdil dengan persoalan-persoalan yang keluar dari mulut pakcik. Saya cuba menjawab dan cuba menghuraikan satu persatu soalan yang di ajukan pada saya. ‘wallahualam’. Kata-kata ku setelah selesai menjawab soalan yang agak menguji tadi dengan harapan ianya tidak memesongkan.Habis dari soalan, saya memulakan dialog dengan soalan kepada pakcik.

‘Apa pandangan pakcik terhadap anak-anak kampung kita yang ramai dan telah menamatkan pengajian mereka di dalam bidang agama khususnya’. Saya bertanya seolah-olah ingin tahu apa yang akan keluar dari mulut pakcik dengan mengharapkan jawapan yang benar  dari hati. Perbualan terhenti seketika dengan kedua kami memandang kepada pembantu kedai yang membawa hidangan yang dipesan sebentar tadi.

‘Ustaz, sebenarnya persoalan ustaz memang da lama ada jawapannya, banyak kali cuba untuk berkongsi tapi tidak kesampaian’.  Terasa hairan dan tertanya-tanya apabila mendengar kata-kata pakcik. ‘Kalau pakcik tidak keberatan teringin sangat nak berkongsi mendengar pandangan pakcik’. Saya meneruskan pertanyaan menunjukkan kesungguhan ingin tahu.

‘Ustaz, kalau kita kira-kira lah, anak-anak kampung kita yang belajar diluar Negara dan sudahpun tamat dengan segulung ijazah hampir belasan orang’.  Saya mengangguk menandakan setuju. ‘Tapi pakcik sedikit tertanya-tanya kemanakah mereka yang selama ini kami menanti-nantikan kepulangan mereka yang suatu ketika dahulu kami menharapkan merekalah tempat rujukan kami untuk bertanyakan hukum-hakam dan tempat  berkongsikan masalah. 

Terkadang hati ini di ganggu syaitan dengan teringatkan berapa banyak duit yang telah dilaburkan untuk anak-anak kampung ini yang ingin belajar agama diluar. Bukan apa kadang-kadang kami orang-orang tua ni teringin sangat untuk duduk bersama  anak-anak muda seperti ustaz, anak-anak kami tidak ada yang jadi ustaz ustazah, kami pula dulu tidak berpeluang nak mengaji agama seperti sekarang’. Luahan hati pakcik membuatkan saya mula rasa sebak.

sekadar hiasan

‘ Alhamdulillah suka dapat menjadi ma’mum kepada anak-anak kampung sendiri.  Tapi bagi kami kan lebih elok kalau selepas solat anak-anak yang mengimamkan kami dapat memberikan sedikit masa bersama jemaah yang lain tambahan pula macam kami yang separuh abad ini, terkadang sedikit hairan melihat ustaz-ustaz yang selesai solatnya terus menuju ke pintu dan bergegas pulang ke rumah masing-masing siang harinya sibuk dengan mengajar disekolah, hari minggunya sibuk dengan keluarganya dan mereka lebih banyak masa diluangkan dengan sesama mereka, itu belum yang dihantar ke luar lagi, kalau nak jumpa di kedai kopi mungkin agak kurang sesuai untuk ustaz-ustaz  duduk bersembang dengan ahli jemaah di sini’. Sambil tersenyum pandangan serta sindiran berbentuk gurauan mula  diberikan. ‘Mungkin mereka sibuk kot pakcik. Insyaallah nanti adalah ustaz-ustaz yang mesra rakyat tu’. Saya cuba memujuk pakcik dengan sedikit gurauan. ‘Bila tu.? Takpa pakcik tunggu ?’. Sambil tersenyum pakcik membalas  gurauan ku tadi.

’ Minta jasa baik ustaz lah wakil kami untuk sampaikan pada sahabat-sahabat yang masih belum bergelar graduan untuk lebih bersedia bersama masyarakat pulang nanti. Apa yang penting boleh duduk bersama masyarakat’. Cadangan yang diberikan dengan terselah seribu pengharapan diwajah tuanya.


Perbualan saya bersama pakcik di kedai kopi tadi membuatkan saya berfikir sepanjang hari yang sebelum ini tidak pernah terdetik lansung untuk fikirkan perkara seumpama ini. ‘ Betul ke apa yang pakcik tu cakapkan. Tak kan teman-teman saya yang sudahpun tamat pengajian bersikap sedemikian atau benar belaka apa yang pakcik tu luahkan’. Suara hati kecilku meronta-ronta bertanya.
Bagi saya ini merupakan perkara baru yang perlu saya sampaikan tambahan pula ia pesanan dari salah seorag ahli jamaah dan saya menganggap ianya adalah satu amanah buat saya.

Semoga pulang dengan pengharapan

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ
ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".[al-Nahl:125]

Ayat di atas jelas menunjukkan kita bahawa didalam menyampaikan dakwah tidak dapat tidak mestilah mengikut seperti yang disebut ‘ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِdan cara kita bersama dengan masyarakat setempat juga termasuk didalam apa yang disebut dengan hikmah dan pelajaran yang baik.

Selaku mahasiswa seharusnya kita cakna dengan perkara-perkara seumpama ini walaupun ada yang menganggap ianya agak remeh yang bukan hanya sekadar ghairah ingin menghabiskan silibus pengajian tetapi peka dengan isu-isu semasa dan kehendak masyarakat setempat khususnya. Terkadang ada golongan yang bergelar mahasiswa ini terlalu ghairah menghabiskan silibus pengajian university dan pulang ke tanah air dengan mengeluarkan fatwa-fatwa tanpa memahami kesesuaian masyarakat setempat ‘syok sendiri’ yang akan menyebabkan banyak kekeliruan dan mungkin menyebabkan perpecahan berlaku di kalangan masyarakat yang juga akan menyebabkan masyarakat semakin jauh dengan golongan-golongan Ustaz Ustazah.

‘alah…benda-benda remeh macam tu tak perlu belajar nanti balik pandaila tu’, ‘Masa belajar kita belajar jela jangan fikir benda-benda remah macam tu’. Inilah antara jawapan-jawapan yang selalu diberi apabila disarankan mengenai kepentingan softskill yang perlu ada oleh setiap mahasiswa khususnya yang berkelulusan agama di dalam bersama masyarakat.

“Melahirkan Mahasiswa yang mempunyai shaksiah yang tinggi dan mampu menterjemah ilmu bertepatan dengan kehendak masyarakat masakini” Ayuh.! Teman-teman kita bersama menyahut dasar PERMATA ini.

4 April 2011

' Kualiti Juara Inspirasi Bersama'


Logo KARISMA IV yang bertemakan 'Kualiti Kejuaraan Inspirasi Bersama'

Logo KARISMA IV

Setinggi-tinggi kesyukuran buat  Pemilik seantero alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kerana masih lagi dikurniakan nikmat kehidupan dan kesempatan menikmati  iman dan islam.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mengisi ruangan blog yang hampir menerima kunjungan si labah-labah. Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat pengarah KARISMA ke-IV dan seluruh AJK perlaksana program yang bertungkus lumus membanting tulang di dalam menjayakan program seumpama ini. Tidak dilupakan juga, ucapan syabas dan tahniah buat  atlet-atlet yang mewakili mantiqah masing-masing, antaranya PPMA (zon Amman),PRISMA (zon Mafraq), PERMAI (zon Irbid) dan PERMATA (zon Mutah) serta seluruh ahli yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama.

Pengalaman dua hari bersama,banyak mengajar saya mengenali erti persahabatan  sepanjang perjalanan mahupun di medan perlawanan. Hati ini bertambah teruja apabila disentuh dengan  murninya ukhuwah bersukan terutama ketika bersama skuad Bola Sepak Mutah. Syabas di atas kemenangan yang kalian perolehi sekali gus mengekalkan kejuaraan enam kali berturut-turut. Percayalah, kejuaraan ini bukanlah satu kebetulan tetapi adalah ketentuan-Nya. Bertambah terharu apabila gandingan  usaha, toleransi dan semangat berpasukan wujud pada setiap atlet dan tidak dilupakan juga, buat penyokong yang tidak putus-putus memberi sokongan yang padu kepada pemain.

Bergambar bersama Dato' Abdul Rahim, Dato' Duta selepas bergelar juara.


Skuad Bola Sepak Mutah bersama Piala Pusingan Duta


Kredit buat Ketua dan Timb Biro BKDS PERMATA yang menjadikan tema ‘Kami Datang Kerana Ukhwah’ sebagai tema pada KARISMA kali ini, telah menjadikan keakraban sebagai hadiah utama. Oleh yang demikian, mampu saya katakan bahawa ukhuwah yang terbina lebih kukuh dipatri. Masih terbayang suasana perjalanan pulang ke Mu’tah, kami terkesiap dengan khabar bayaran pengangkutan yang masih lagi tertangguh. Keadaan agak merunsingkan ketua kontijen, bayaran mencecah JD 1440 dengan kadar tukaran semasa RM 6048, perlu dilunasi kepada pemandu bas. Namun, setelah khabar tersebut diwara-warakan, ramai yang menghulurkan bantuan hatta melebihi kecukupan. Semoga hubungan persahabatan di antara kita terus mekar dan sentiasa di redhai-Nya.

KARISMA ke-IV , bertemakan ‘Kualiti Juara Inspirasi Bersama’ adalah antara program yang terbaik  di seluruh Jordan  dan  seterusnya  Mu’tah akan menjadi tuan rumah KARISMA ke-V dan saya mengharapkan agar ianya lebih cemerlang.

Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih buat penganjur yang sudi menerima kami sebagai tetamu di Irbid, seterusnya seluruh wakil mantiqah lain yang turut serta dan tidak dilupakan juga buat seluruh ahli PERMATA serta HELWANIS yang menjadi kebanggaan Mu’tah dengan prestasi akhlak yang dipamerkan sepanjang program KARISMA kali ini. Kalian adalah yang terbaik, semoga kalian terus menjadi permata.

Semoga dengan pertemuan ini, dapat menambahkan lagi kasih persahabatan di antara kita dan seterusnya mendapat keredhaan daripada Pemilik hati, Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...