BERSAMA SAYA

Showing posts with label Kebajikan Ahli. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan Ahli. Show all posts

22 May 2011

UCAPAN TAKZIAH BUAT MEREKA YANG DIUJI



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu .

Saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli MPPMJ merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga yang ditimpa musibah ini. Anggaplah ia suatu ujian dariNYA dan semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk yang terkorban dan kepada ahli keluarga yang terlibat. Kejadian tanah runtuh pada 21 Mei yang menimbus Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,  dalam kejadian pada pukul 2.30 petang.

Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak teman-teman khususnya ahli MPPMJ untuk   bermuhasabah diri dalam  mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ * الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ * أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِن رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ


Bermaksud: Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali) . Mereka itulah orang-orang yang mendapat shalawat dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al-Baqarah : 155-157


Ironinya, setiap yang terjadi di alam ini, seperti musibah yang mampu menggoncang jiwa, sekencang angin dan petir seumpama binasanya umat Nabi Hud   sehingga menghancurkan tanaman dan keturunan atau gempa bumi umpama musibah kaum Sadum yang menyebabkan runtuhnya bangunan-bangunan tinggi, pohon-pohon besar, juga menyebabkan korban jiwa, kerugian harta. Tidak ketinggalan, letusan gunung yang terjadi di beberapa tempat sehingga menyebabkan hancur dan binasanya segala yang ada di sekitarnya. Demikian juga kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan, serta pelbagai musibah lain. Sesungguhnya, semua ini merupakan peringatan daripada Allah terhadap hamba-hambaNya agar tidak terus berada di penyimpangan, disamping ajakan untuk kembali kepada-Nya. Hakikatnya, segala yang terjadi merupakan ukuran, sejauh mana kesabaran mereka dalam menghadapi ketentuan dan taqdir Allah. Ketahuilah, sesungguhnya azab di akhirat jauh lebih dasyat dan perintah Allah, jauh lebih agung..


مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم

Bermaksud: Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali terjadi dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.(At-Taghabun :11)


21 MEI 2011: Keadaan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat dekat Kajang. 
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.


21 MEI 2011: Anggota bomba dan penyelamat serta orang ramai mengangkat salah satu mayat mangsa tragedi tanah runtuh yang meranapkan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, di Kampung Sungai Gahal, Batu 14, Hulu Langat, 


Ingatlah setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Namum begitu, islam mengajar kita agar mempercayai qada dan qadarNYA. Tanpa sabar dan penyerahan kepada Allah mungkin kita sebagai manusia tidak mampu menerimanya. Benarkanlah kata-kata Allah itu "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar".


Sekali lagi saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli MPPMJ mengucapkan takziah ke atas keluarga yang ditimpa musibah ini.Semoga kalian diberkati oleh Allah Ta’ala dan kami mendoakan semoga ruh mereka tenang dan kekal ditempatkan bersama orang-orang solih.


8 March 2011

Terus Dengan Objektif Berkebajikan Mutah Charity Dinner 1432H

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan (PERMATA) merupakan sebuah persatuan yang menjalankan khidmat kebajikan kepada hampir 400 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan dan merupakan sebuah persatuan yang berada di bawah naungan Education Malaysia Jordan (EMJ). Menyedari akan hakikat tanggungjawab untuk menjaga kebajikan semua ahli PERMATA, maka  Mutah Charity Dinner telah dianjurkan semata-mata untuk mengumpul dana bagi biro Kebajikan dan Penempatan (BKP) yang merupakan salah satu biro di bawah seliaan PERMATA dan berperanan penting untuk menjaga kebajikan semua mahasiswa yang berada di Mu’tahJordanProgram ini merupakan satu-satunya program yang didasari oleh PERMATA dan perlaksanaannya adalah bertepatan dengan hasrat dan misi PERMATA itu sendiri.

OBJEKTIF

1.      Mengumpul dana bagi melicinkan pergerakan Biro Penempatan dan Kebajikan PERMATA
2.      Mendedahkan kepada mahasiswa/wi Mu’tah peri pentingnya kebajikan dan ramai orang yang perlu dibantu
3.      Merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan mahasiswa Malaysia Mu’tah

Sekali tengok tentu tertanya-tanya logo apa ni. Logo rasmi program 
Mutah Charity Dinner 1432H

Menu utama buat peserta

Iklan yang menarik

Antara acara menarik dan menu utama yang dimasukkan didalam iklan

Ayuh.! teman-teman kita sama-sama menjayakan program ini sambil menghulurkan sedikit sumbangan buat teman yang memerlukan.Semoga dengan adanya program-program seumpama ini juga dapat membentuk dan melatih diri kita menjadi sebagai seorang mukmin sejati yang sentiasa berkongsi dan menginfaqkan sedikit ni'mat dari ni'mat-ni'matNYA yang bayak.

Saya mewakili kepimpinan PERMATA mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Syafiq, Ustazah Syarifah,Ustaz Syahir,Ustazah Masturina, AJK perlaksana program ini dan seluruh ahli yang sentiasa memberikan sokongan kepada PERMATA.Semoga keberkatan dan keredhoan Allah mengiringi setiap perancangan kalian.

2 March 2011

Takziah & Semoga Diberikan Ganjaran Serta Ketabahan Seperti Tabahnya Para Syuhada Mutah



Assalamualaikum buat semua warga Mu’tah .
Sekali lagi kita dikhabarkan dengan berita mengenai kematian, tetapi kali ini melibatkan tiga orang bapa dalam masa seminggu ini.Dengan ini dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Saudara Muhammad Adil  Bin Kamil yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Feb  2011, Ayahnda Saudari Siti Fatimah Binti Abdul  Khalil pada 1 Mac 2011 manakala Ayahnda Saudari Ummi Kalthum Binti Ismail  pada 2 Mac 2011  Sehubungan dengan itu, pihak PERMATA merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kekuatan buat kalian sepertimana kuatnya para syuhada Mutah..

Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak ahli PERMATA untuk   bermuhasabah diri dalam  mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

Tambahan pula, Ibnu Umar pernah berkata: “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati”.(Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

Maka, wasiat tersebut mengingatkan kita bahawa hakikat musafir  di dunia ini pasti ada penghujungnya  Justeru,  apakah persiapan  yang telah kita lakukan untuk bertemu Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Nabi bersabda kepada utusan anak perempuan baginda yang menyampaikan berita kematian cucu baginda, lalu baginda bersabda  : Pulanglah kepadanya dan khabarkan  sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada  Allah.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya sekali lagi  mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PERMATA, ingin merakamkan jutaaan takziah dan berharap agar kalian dan seluruh ahli keluarga dapat bersabar atas  ketentuan Allah S.W.T ini. Semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat ke atas roh ayahanda beliau dan mudah-mudahan ayahanda beliau ditempatkan bersama roh para solihin dengan izin Allah S.W.T,  InshaAllah. Al-Fatihah.

1 February 2011

ZIARAH MAHABBAH KE RUMAH MUTAZAWWIJIN

  Alhamdulillah, selesai  ziarah AMT bersama team Buletin PERMATA ke rumah Ustaz Shariff dan Ustazah Fatihah. Walaupun agak sedikit diuji di tengah perjalanan dengan udara yang sangat sejuk ditambah pula dengan hujan yang tidak berhenti-henti membasahi tubuh kami. Apapun kami amat terharu ketibaan kami disambut dengan hidangan dan layanan istimewa yang diberikan  oleh  bakal bergelar Umi dan Abi. Banyak perkongsian idea dan perkara baru yang dapat pada hari ini ditambah pula dengan usikan dan gurauan dari teman-teman menjadikan uhkwah diantara kami semakin kuat.Terima kasih di ucapkan buat tuan rumah yang sangat mudah untuk menerima tetamu diatas hidangan yang disediakan. Semoga Allah memberkati dan membalas jasa kalian. 


  Bersama pimpinan PERMATA, Ustaz Syafiq dan Ustaz Uwais. Ziarah Mahabbah di Rumah Ustaz Shariff dan Ustazah Fatihah.



   Terpaksa mengharungi lecah untuk ke rumah Ustaz Shariff. Walaupun hujan yang turun   agak lebat kami tetap thabat untuk terus menjayakan ziarah Mahabbah ini.


                               
  Berkongsi pandangan bersama sahabat mengenai isu terkini di Mesir. Hebat pandangan yang diberi oleh sahabat-sahabat.


Tertarik dengan cara mereka yang saling lengkap melengkapi, betullah pepatah mengatakan ‘rumahku,syurgaku’ untuk mencapai kepada pepatah itu kitalah yang membentuknya kerana mungkin juga pepatah itu menjadi sebaliknya dek kerana persediaan yang kurang dan kesilapan yang kita lakukan.

Justeru, ingin saya sebutkan kembali seperti  sebelum ini. Asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan? 

Jika asas perkahwinan adalah kerana nafsu semata-mata maka tunggulah suatu ketika nanti kerana tidak ada yang lebih baik melainkan pernikahan itu kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.  

Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat!Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’.

 Ada kata-kata yang berbunyi ‘Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali’.Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria itu atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah merupakan idaman setiap pasangan yang berkahwin. Namun berapa ramai pula yang mampu untuk menjadi ayah dan ibu yang baik untuk anak-anak mereka? Oleh itu ilmu ke ibubapaan juga penting dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah. Persediaan melahirkan anak yang soleh dan solehah bermula dari ibu bapa itu sendiri. Bukan selepas anak dilahirkan, tetapi sebelum berkahwin lagi perlu membuat persediaan.

Semoga kita semua dapat menjadi generasi  ‘umi abi’ yang mampu melahirkan generasi seterusnya yang bakal menjulang dan menyambung mata rantai perjuangan Islam suatu hari nanti. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...